Posts

Showing posts with the label ImMommy

Kisah2 keluar bilik bersalin..

Hye semua 5 bulan dah berlalu.. Tapi still rasa Alya Marissa baby macam dalam pantang.. Aku pon tak sabar nak cerita pasal keadaan aku sekarang.. Tapi cerita lama tak habis-habis.. huhuhu Okes meh cerita laju2 Lepas nurse bagi aku baby, lame juga aku tunggu masa untuk keluar. Tak tau ape proses kat luar tu. Tapi lain pulak cerita kat luar..en suami tanya “lamanya sayang kat dalam. Buat ape?” Aku, “Tak de buat ape, dorang bagi baby & Ira dok je dalam tu. Ira ingat syg uruskan proses yang lame” Sebelum keluar aku kena tukar katil..ayoo susah nak bergerak rasa berat sangat. Dah tukar dorang tolak..ni kali kedua naik KATIL TOLAK huhuhuhu syok tapi macam seram. Keluar bilik bersalin dapat uri *tak tau rupa macam mana sebab dalam plastic Dapat hadiah *sebab baby 1 syawal beso gak hadiah 1 st nampak muka en.suami.. Sampai depan pintu wad, nampak mama, abah adik2 senyum je aku macam nak cakap.. “mama abah..along dah jadi ibu..weh korang ni anak aku..

Selamat Hari Raya..ek?

Image
Hye semua.. Dah dua raya berlalu, tapi aku masih tak habis bercerita Dah tahun baru dah pon! Hehehehe~ Yok sambung.. Bangun pagi, muka selekeh.. Dalam hati “hari ni raya dah ker?” mamai.. “tak macam pon” ermm Jap lagi makanan sampai.. Bermonolog lagi “Wah tercapai jugak hasrat aku nak makan nasi impit..bismillah..tak macam mama buat pon” hampa.. “makan je lah” Belum habis makan dah kena panggil check *check lagi ergh! Doctor “kita check dulu ye, kalau bukaan dah 3cm kita bawa awak turun” Aku angguk je..lapo Doctor “ok dah 3 cm boleh lah turun” Aku lapo lagi ni, en.suami pon belum sampai..sedeyh Nurse “awak habiskan makanan dulu nanti kite panggil” Aku diam je & bergerak kearah katil.. Makan lambat2 hasrat hati nak tunggu en.suami tapi dah kena panggil. Nasib boleh bawa h/phone Pengalaman pertama kena tolak atas katil.. Tinggi juga katil yang tolak-tolak tu kan.. Bukan main laju lagi attn tu bawa aku.. Rasa macam da nak lang

Adakah ini petanda?

Image
Hye semua.. Cerita aku kt hospital tak habis lagi.. Pernah tak korang beraya kat hospital? Bila cakap beraya kat hospital mesti orang akan fikir Sebab accident tak pon mercun..tu je betul tak? Tapi aku antara orang yang beraya kat hospital OK! Sangat bahagia sebab dah tak di ‘usik’ TAPI bosan sebab tak boleh balik! Nak tengok tv..nak laptop..nak edit gambo. Argh!!! 1 hari lama sangat nak berlalu pergi Kalau duduk rumah tu baru je rasa bangun tido tau2 dah petang.. Kat sini?? Ayooo Selepas dorang datang maka aku ditinggalkan berseorangan.. Tido..bangun..makan..mayau tu je.. Rasa nak turun bawah je..karang orang cakap aku lari wad lak..kan parah tu hahahahaha~ Hujung2 ni aku buka surah Yasin & surah2 yang ada dalam MP3 aku dengar. Nasib aku ade gadget ajaib ni..tak sia2 aku beli.. =) Maghrib pon tiba..syoknya kalau aku kat rumah dah mesti aku boleh berbuka 1 family. Esok dah raya.. Syahdu aku masa ni *bergenang balik air mata Sekeja

Nak balik la~!

Image
Hye semua.. Punyalah lame aku ambil masa nak sambung cerita Maklumlah baru jadi ibu..agak lingkang pukang sikit *sikit ker?  Huhuhuhu.. Selepas mengalami mimpi ngeri *sakit yang teramat sangat!  Malam tadi, akhirnya aku berjaya menidurkan diri 2 jam je kot. Sedar-sedar orang hntar makanan *breakfast  Aku da start tak puasa dari mula aku masuk wad =P Lepas makan cek lagi..aduh! Masih LAGI 2cm! Punya la teruk aku sakit semalam..huh! Tu la..kate orang tua tak mahu dengar.. Kalau BELUM tiba masa baby nak keluar dia takkan keluar Lepas je cek, aku mintak balik dengan doctor..memang tak la. Nama pon dah overdue memang takkan boleh lepas punya. Rasa nak lari pon ade Disebabkan aku ashik cakap nak balik je, so tak de dah doctor ‘usik’ aku lagi Yang syoknya hari ni, dorang datang bawa banyak makanan. Hehehe.. Orang len puasa, aku syok makan. Tapi memang aku sangat lapar di hujung-hujung ni. MAKAN AJE SELAGI BULEH!

Kesakitan melampau!

Image
Hye semua.. Setelah sekian lama menyepi kini bersambung kembali Cerita “ alkisah ” ku bersambung lagi.. Aku menyerah diri hari Jumaat 17 Aug.. Bukaan 2 cm bukan bermakna aku akan beranak pada hari yang sama.. Selepas aku kena cek buat pertama kali kat tempat mula-mula nak daftar, Aku kena cek lagi bila da masuk wad. SAKIT!!!! Bukaan still 2 cm Kali ni bukan cek aje tapi kena masuk ubat induce.. Memang tak rasa ape2 Aku masih boleh berjalan & sangat bosan Setiap berapa jam aku tak tau la. Aku ashik kena cek je. Tapi bukaan sama. Ya Allah sakitnya ashik kena cek! Yang ni la yang mama tak mahu aku lalui. Tiap kali cek mesti kuar darah + perit. Kesian en suami , time melawat dia datang. Time habis melawat kuar balik. Lps tu datang balik. Dah la puasa. Berbuka tah ape-ape je dia makan. Bila bukan time melawat dia curi-curi masuk. Bila kena halau..kuar..jap lagi datang lagi.. Sedih aku tengok. Masa berbuka aku suruh dia balik. ye memang dia balik, tapi dia d

Bermulalah alkisah

Image
Hye semua.. Korang buat ape tu? Mesti dalam mood raya lagikan? Well raya kan sebulan..huhuhu Aku tak rasa pon mood raya Biase la dah dalam pantang.. Pergerakan terbatas Jangan kata pergerakan, makan minum pon ade had.. Ehmm..ssh jugakkan? Tapi orang dalam pantang mane nak gerak hyper macam aku sebelum bersalin dulu Bentan kang tau la nasib ko! Huhuhu Jahitan terbuka ke..tak ke ngeri nanti. Tujuan asal buat entry ni nak cerita saat-saat aku menanti kelahiran cahaya mata Alya Marissa.. Bermulanya disini.. Gambar terakhir sebelum bersalin.. Setelah letih berkayuh ke tempat kerja hari-hari + stress, akhirnya aku dapat juga cuti. Aku start cuti 2 Aug. Jangkaan aku bersalin 6 Aug (private) or 8 Aug (klinik kesihatan). Kalau ikotkan aku nak cuti biler betul-betul sakit. Tapi memandangkan aku kerja jauh, baik la aku berehat awal. 6 Aug, aku masih tiada tanda-tanda untuk bersalin 8 Aug, masih sama..aku mula risau Kawan yang lambat lagi due pon dah bersalin dulu A

Alhamdulillah..Hadiah 1 Syawal

Image
Hye semua.. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan *raya kan sebulan Lama sudah aku tak menaip..maklumlah dah ade orang baru ni bz kit *dulu pon slalu lambat update huhuhu.. Ok lah priview cikit je.. Nanti sambung lagi.. Alya Marissa binti Mohd Mustakim Selamat dilahirkan pada 19 Aug (1 Syawal) Jam 14:01 Berat 3.55kg

August sudah muncul

Image
Hye semua Sedar tak sedar kita dah berada di bulan 8 Bulan kemerdekaan Ramadhan pun dah tengah Sangat pantas masa berlalu.. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa ku.. Dan masih di beri kekuatan walaupun dah di hujung-hujung Dengan peluang yang ada, Aku dengan sepantas mungkin meng update blog Mengemas & buat ape yang aku rasa aku nak buat *macam hari esok dah takde je =') mane la tahu kan Okes 1st aku nak review balik tentang kehamilan aku ni Cerita aku bermula di sini Kemudiannya bersambung dengan ni Sepanjang 3, 4 bulan pertama aku memang sangat lemah Sampai tak mampu nak pergi kerja *1 bulan kot Dari 80kg , berat aku tinggal 76kg gara-gara sickness yang teruk *lembek betul! Aku pernah kena masuk air sebab tekanan darah terlalu rendah *mujur tak kena tahan hospital macam aku pernah bercerita kat sini dan masa tu aku betul-betul jadi orang lain hehehehee.. mana tak nya.. makan tak lalu semua bau rasa pelik jadi manu

Doa-doa menjelang bersalin

Image
hye semua.. Bila dah hujung-hujung ni.. Aku try cari-cari doa yang pendek yang mudah dihafal yelah time dah sakit nanti dah sah-sah aku akan fikir nak bersalin je sekurangnya-kurangnya kalau ada doa-doa yang pendek bolehlah aku try betul tak.. aku share dari blog ni.. Cerita Awin Pada mom to be selamat la mengamalkan ye.. moga-moga dipermudahkan..aminnn Doa Nabi Yunus / Surah Anbiyak - 87 "Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri." Ayatul Kursi / Surah AlBaqarah - 255 Surah Al-A'raf - 54 Surah Al-Falaq Surah An-Nas

Minggu-minggu terakhir (I)

Image
Hye semua.. Tajuk cam seram je.. Hahahaha Hari ni dah masuk 6 Ramadhan Awal lagikan? Huhuhu Di kesempatan ni aku nak wish Alhamdulillah.. Setakat ni aku masih berpuasa.. Sebenarnya “minggu-minggu terakhir” tu merujuk kepada aku yang menunggu hari je dah ni. Kalau ikot due insyaallah 6 Aug 2012. Lebih kurang 1 minggu lebih je lagi. Doakan semoga semuanya selamat ye =) Lama dah tak membebel.. Malas tahap maksimum Lagipun sepanjang hujung minggu ashik keluar je.. Letey tul makcik.. Last week aku edit gambo2 dalam FB habis aku buang & susun balik. Konon tak nak banyk2 dalam FB tapi macam banyak jugak je aku rasa. Tu pun tak hbs lagi aku rasa.. Hehehe.. Last aku bercerita pasal Aku di bulan Mei .. Tapi tu pon belum habis lagi.. Alahai.. banyak sangat tangguh tu la.. Ok lets we continue.. Hujung bulan Mei tu, kawan aku kawen =) Tahniah kepada pasangan Durani & Hazwan (25 May 2012) Aku sempat g time dorang nikah je.. Sebab esknya family belah suami nak datang KL Nasib la aku boleh cu

Aku di Bulan Mei

Image
Hye semua.. Cerita Mei? Sekarang dah masuk pertengahan June sudah hahahaha.. Tak kisah le..aku ni pon bukan penulis blog yang tegar Owait..after aku dating2 dengan baby yang dalam perot & My Ex-boyfriend hari tu Aku telah meneruskan langkah untuk membeli belah.. Weeeeeeeee seronok.. Asalnya nak baiki PC yang rosak..tapi terminat pulak nak masuk Parkson, yang pada masa tu memang telah SALE! *perempuan, biase le pantang dengan SALE huhuhu.. Aku sorang? Silap beso le..Aku mesti le kuar dengan incik Suami.. bosan sih jalan sorang.. Aku ingat, aku sorang je excited nak beli baju baby, rupanya incik Suami pon same.. Ishk comeynyaaaaa.. 1st time beli ni.. slalu belikan orang, kali ni untuk ANAK SENDIR I .. Eh ye ke ni? Mimpi..mimpi.. Bulan lepas ni je yang kami ade.. Tapi kali ni kuar, tak sangka lak bawa balik banyak ni.. Glup! Ni semua hasil 2 hari suntuk berjalan..atoi laaaaa..penat dak ibu Sampai terduduk di kerusi urut REST N GO kat shopping tu..yang sehengget tu..huhuhu

Link untuk MomMy 2b

Hye semua.. Kali ni aku kembali lagi, lagi & lagi.. hehehehe Sejak2 dah nak dekat due ni..makin risau lak ai.. Bukan ape, takut barang tak cukup Mau kabut.. Dah alang-alang aku mencari, tak salah rasanya aku berkongsi dengan mummy2 *ops becoming mummy di luar sanakan =) Kat sini korang cek barang2 yang patut di bawa time nak g hospital nanti Blog Ibu Hamil Sini pon same.. siap ada doa Dr Nur Izah’s Weblog Yang ni pulak link untuk korang cek barang2 keperluan untuk baby & ibu secara keseluruhan keseluruhan De Iza's House Cerita dalam pantang =) di RatuHati Link ni pulak untuk mereka yang nak tau pasal set bersalin salindah.. 1) Salindah.Com 2) Ekin Wellness this mommy sharing about kehamilannya & time pantangnya dgn herbalife Amalina Peter & Abqari Hamid korang nak tau pasal NR? Ha jom click sini NonaKu macam2 panduan dalam Bidan Bersalin ni..sila la melawat Cerita kak ice terbaik! Mommy fofular =D kongsi pengalaman dia with 1st baby

Link membeli belah secara online untuk mom to be..

Image
Hye2 semua.. Hari ni aku nak kongsi link-link yang telah aku jelajah untuk persiapan menyambut ‘orang baru’ huhuhu Jom tengok FabulousMom Kat sini aku survey2 je. Agak murah..ni memang betul2 kedai. Tapi aku belum g lagi..syok tengok. Macam2 boleh cari. Ade yang nak cari carseat? Stroller? Playpen murah? Ha sini la tempatnya.. NorrisCollections Siyes sangat murah..boleh pos atau kakak ni hantar.. Aku de beli carseat kat sini =) Boleh juga tengok kat facebook Selain tu, korang boleh jelajah sini One Baby World Ni pon kedai.. So macam2 ada.. Lagi link yang pernah aku jelajah LittleWhiz.com ni lah tempat mula2 aku servey breast pump..tapi bukan aku yang cari, en ayah a.k.a suami ku..huhuhu rajin betul dia.. Tempat2 lain yang murah untuk korang survey breastpump - Fahreem Wardrobe (untuk breastpump avent & medela harmoni manual only) - Periwinkle (kat sini ada breastpump avent & medela harmoni manual, pakej collerbag with bottle n icepack, ti

Berbicara sendiri

Image
Selamat pagi =) Hanya sekadar bicara dari hati Seandainya kita berfikir jika kita membantu, kita akan dibantu, walaupun bukan daripada orang yang sama namun akan ada yang akan membantu. Tapi sebenarnya kita silap! Dan kita silap juga kalau kita kata “ehmm beria aku tolong orang dulu, tapi tak ade siapa pon nak tolong aku sekarang” Seandainya kita membantu, bantulah dengan ikhlas, redha dengan apa yang kita lakukan. Insyaallah sesusah manapun kita ALLAH akan membantu. Mungkin kita minta sekarang takkan terus menerus jadi, mungkin takkan jadi, kerana DIA maha mengetahui segalanya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. *Agak malu aku minta pertolongan dari orang yang sama jika pada pertolongan pertama dia berkata TIDAK & yang seterusnya juga TIDAK =) Bila aku berstatus isteri, jangan harapkan layan aku seperti dulu. Namun, aku masih orang yang sama. Tidak berubah sama sekali. Cuma mungkin kerana status, tanggungjawab aku mungkin berubah posisi. Jangan kerana ini, aku

Monday Morning

Image
Selamat pagi, padahal dah tengah hari.. Baru nak bercerita. Macam biasa hari ni bangun pagi. 1st day bekerja kan. Aku tak kerja hari ni. Kerja ke tak kerja time hari kerja kena bangun siapkan breakfast en.suami =) Kenapa aku tak kerja? Sebab aku nak pergi check up hari ni. Alhamdulillah, dah 6 bulan rupanya. Ok sambung duty tadi. Lepas salam & hantar en.suami kerja *depan pintu je hantarnya Guling-guling jap smbil ingat peritiwa semalam peristiwa kedua terbesar selepas yang pertama *Yes! I like Tak boleh guling lama-lama, nanti tidur lak. Bangun solat, then baru mandi. Setel breakfast *MILO aja dong +Vitamin Fikir jap.. “kereta, motor.. kereta, motor.. kereta, motor..?” “motor la” Wah! Setelah 6 bulan aku merempit balik *sangat la (-__________-) Turun tangga dengan tenang.. “ kerja ker?” ade orang tegur.. “ taklah, nak gi klinik jap” senyum.. “ nape? Demam ker?” “ check perot” “ mengandung ker?” Lagi soalan ni.. “a’ha” “ berapa bulan?” “ 6 dah k