Posts

Showing posts with the label RenunGan

Hai Kaum Hawa

Hawa.. Andai engkau masih remaja, Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu Andai engkau sudah bersuami, Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu Andai engkau masih ibu, Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah Hawa.. Andai engkau belum berkahwin, Jangan kau risau jodohmu, Ingatlah Hawa janji tuhan kita, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim, Kerana aku khuatir, Dari mata jatuh kehati, Maka lahirnya senyuman, Maka tercetusnya salam, Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan, Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa.. Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodan

Ditimpa 4 Kecelakaan

Hye semua.. Baca ni..kita buat renungan ye di bulan yang baik ni DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan. Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar. Allah memberi amaran, bah

Ketahuilah bahawa…

hye semua Selamat meneliti tiap baris kata OK :) Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen

Lessons in Logic

Image
If your father is a poor man, it is your fate but, if your father-in-law is a poor man, it's your stupidity. Practice makes perfect..... But nobody's perfect..... . so why practice? If it's true that we are here to help others, then what exactly are the others here for? Since light travels faster than sound, people appear bright until you hear them speak. One should love animals. They give unconditioned love. Behind every successful man, there is a woman And behind every unsuccessful man, there are two. The wise never marry. and when they marry they become otherwise. "Your future depends on your dreams" So go to sleep. There should be a better way to start a day Than waking up every morning. The more you learn, the more you know, The more you know, the more you forget The more you forget, the less you know So.. why learn. A bus station is where a bus stops. A train station is where a train stops. On my desk, I have a work station.... what more can I say.... kih ki

Bila perempuan itu dah berkahwin

Image
Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya: ANAKKU! Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu.. Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah. Peliharalah hidung, telinga dan matanya… Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

Dia seorang ayah..LOVE U ABAH!

Image
Hye semua.. sila baca ni.. Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita.. Tiap tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yang letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!" . Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaan nya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@

10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.” PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan s

buat Adam yg mencari cinta Hawa.. buat Hawa yg menanti cinta Adam..

Image
benar..jodoh itu ketentuan TUHAN.. tapi kita akan ada terma merisik..?? salah ke merisik..?? x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm.. untuk Adam.. andai mahu mencari Hawa.. 1.Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata.. kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. lihatlah pd telapak tgnnya.. andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.. fikirlah semasaknya utk menyuntingnya.. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.. lihatlah pada sebujur bibirnya.. andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.. fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.. 3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata.. lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. andai tidak redup menunduk pandangan.. fikirlah semasaknya andai i

Sambutan Hari Kekasih

hye semua.. 12 Rabiulawal 1432 hijrah semalam sambutan hari ulang tahun kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W Aku hanya dapat tengok tv. macam2 rancangan besh. kalau xde aper2 perumahan aku akan buat perarakan semperna maulidurRasul. Dari semalam sampai hari ni..aku demam.. kesiannya hubby.. dia lak kne wat kerja umah.. ape yang pasti semalam kami same2 dok depan tv. walaupon aku demam, dia tak aku sorang dalam bilik. so dia siap bentangkan toto kat depan ajak aku tengok tv sesame. aku tak ingat siaran ape yang aku tengok tapi yang pasti tv9..dekat di hati..huhuhu after cerita "Jangan Hantar Aku Ke Neraka" dalam siaran tu, terbacalah wasiat baginda yang berbunyi; Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu meng

Adik..

Image
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. “Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun

Suami tak cemburu, isteri tak malu

Image
hari ni aku nak share sesuatu.. aku bnyk keje la sekarang.. time free baca2 blog. tapi blog sendiri x sempat update. tak tau nak update ape..xde cerita besh. tapi aku terjumpa sesuatu yang menarik yang aku nak kongsi. Peringatan untuk aku juga.. jom.. Salah satu daripada punca masalah sosial hari ini adalah kerana tak cemburu dan tak tahu malu . Ini bukan bermakna ianya berlaku terhadap suami dan isteri sahaja tetapi boleh terjadi kepada lelaki dan perempuan, bapa, ibu, dan sebagainya. Sebagai contoh tukarkan sahaja perkataan isteri kepada perempuan. Lelaki juga boleh jadi abang kepada seseorang, bapa kepada seseorang atau suami kepada seseorang. di katakan "Lelaki tak cemburu" Lelaki sekarang dilihat tidak menunjukkan perasaan cemburu terhadap isterinya dengan membiarkan isteri keluar bersama-sama dengan rakan sekerja , walaupun dengan alasan keluar minum petang lepas kerja, makan tengah hari diwaktu kerja dan sebagainya. Maka akhirnya syaitan yang berada diteng

Mari berdoa

Image
Doa utk elak perasaan MALAS, keluh resah, dukacita, sifat penakut dan kedekut serta elak alami tekanan berhutang... creadit to mama Gee

Tidur Selepas Subuh..Mahal Rezeki

Image
hye kawan-kawan..selalunya kite dengar Murah Rezeki ..Kali ni Mahal Rezeki ..ape tu? Maknanya lawan dari Murah Rezeki la..hehehehe Ok jom.. aku nak kongsi dengan korang semua. Untuk panduan bersama =) sumber: HalaqahOnline =================================================== Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan . Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, "Banyak tidur dapat mengakibatkan

"Open Relationship"?

Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu? Dipetik daripada wikipedia "An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated." yang bermaksud Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi. Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini. Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam. Harap Maklum. info

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Image
Bunyi macam senang je kan? Tapi kalau yang rasa mesti sakit & susah nak di hadapi. Selalunya pepatah ni dikaitkan dengan ape ye? dengan sesuatu yang "hilang" .. couple, barang, lagi?? walaupon bunyi macam senang..tapi ianya tak sesenang itu.. fikirkan pokok yang dahannya patah. ianya memerlukan masa yang lame tuk tumbuh. kalau tumbuh pun da lain rupanya kan? macam tu juga kalau sesuatu yang hilang..kalau kita ada sebijik handphone then hilang..memerlukan masa yang lame tuk cari balik handphone yang same. nak2 kalau handphone kita tu mahal. KECUALI kalau ORANG KAYA .. petik je dapat * ishk ilmu ape dia pakai?? hahahahhaha Sesuatu benda yang senang kita dapat, senang nak lupa, senang nak pergi. ehm..contohnya couple, berpacaran..ngeh3 pernah tengok tak, contoh paling dekat masa sekolah menengah.. selalunya boboy r ayat gegirl.. wah x sampai seminggu da jadi coklat yang dok tgh panas *cair beb! suka r tu.. *same r macam aku..kate pon perempuan tup..tup la da couple je

3 Kurniaan Selepas Kahwin

Image
Allah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu: Pertama: Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga. Firman Allah Taala bermaksud: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21). Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga. Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini: "Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta Oleh seorang gadis yang

Dont be Sad dear =)

Image
..kerana masa kita bersedih itu Syaitan amat suka sekali berdampingan..jadi bila rasanya kita bersedih...ingatlah bahawa: "disebalik kesusahan pasti ada kesenangan..." Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadar Janagn bersedih, kerana kelapangan pasti datang Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah Jangan bersedih, memaafkan orang yg menyakiti itu lebih baik Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain Jangan bersedih, kerana banyak lagi jalan untuk meringankan musibah Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda Jangan bersed