"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku." " Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan: · Menangis kerana terlalu sedih. · Menangis kerana terasa hina dan lemah · Menangis untuk mendapat belas kasihan orang · Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis · Menangis orang munafik - pura-pura menangis · Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati · Menangis kerana rasa takut · Menangis kerana cinta · Menangis kerana gembira · Menangis kerana menghadapi penderitaan. "..Dan bahawasan...