Pap Smear - DONE!
Hye semua.. picture from DrZubaidi Hari ini aku nak berkongsi sikit pasal info kesihatan. Memandangkan aku sudah menjalani ujian so marilah kita berkongsi bersama.. PAP SMEAR - Ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks iaitu penyakit kedua tertinggi selepas kanser payudara. PENTING KE? - Ya! Memandangkan ianya merupakan kanser kedua tertinggi dikalangan wanita. - tujuan mengesan pada peringkat awal & rawatan awal. SIAPA YANG PERLU BUAT UJIAN INI? - SEMUA WANITA yang pernah melakukan hubungan seks & berumur 25 - 65 tahun BILA? - Bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas - Elakkan hubungan seks & penggunaan ubat sehari sebelum ujian BERAPA KERAP? - 3 tahun sekali TEMPAT UJIAN? - ianya percuma ditempat berikut: Klinik kesihatan, Klinik Desa, Hospital Kerajaan.. kat sini ade info lagi detail sekian =)