KaNtA LekAp

HALuuuuuuUUUuu



PeLik..?!

Tapi Ni la Nama MeLayu CoNtectLeNs.. (aKu BaGitau BaGi YanG Tak taU)



Okes Ni akU CaRi2 MaSe RaYau2 TaDi..MaCaM BeSh LaK.. So LayaN Ye..





Tip memilih kanta lekap



ha pilih2!



Terdapat pelbagai pilihan dan jenama kanta lekap berwarna yang boleh dibeli. Jika ingin memakai kanta lekap berwarna, pemilihan warna bergantung kepada:

1. warna asal mata

2. warna kulit

3. personaliti – individu yang berkarektor ‘daring’ lebih menyukai warna yang menonjol seperti biru, hazel dan turqoise

4. pemilihan warna pakaian dan solekan.





selain itu....benda ni pon korang kena tau pasal kanta ni






Pilih jenis kanta lekap yang ideal



Terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu single tone, double tone dan triple tone.



Kanta lekap ‘
single tone’ hanya terdiri daripada satu lapisan tona warna dan kelihatan kurang semulajadi.



Kanta lekap ‘double tone’ pula terdiri daripada warna asas dan tona warna pupil (di sekeliling anak mata).



Sementara kanta lekap ‘triple tone’ terdiri daripada tona warna asas, warna pupil dan warna lingkaran luaran kanta (paling gelap). Jenis ‘triple tone’ akan mengalami perubahan warna secara beransur-ansur dan gabungan warna dengan warna asal mata lebih semulajadi.







Pilih yang selesa dipakai (PeNtiNg Ni! JaNgaN TaU NaK CaNTik Je)

Keselesaan kanta lekap berkait rapat dengan kandungan air. Lebih tinggi kandungan air, maka lebih nipis kanta lekap itu dan ini membuat pemakai terlupa yang dia sebenarnya sedang menggenakan kanta lekap.







Tip penjagaan dan pemakaian kanta lekap





Pastikan kanta lekap anda:



1. bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan

2. tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata

3. selesa ketika memakainya





Ketika memakai kanta lekap, pastikan:



basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta



letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina



ulangi membilas kanta supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan



letakkan kanta di atas jari telunjuk



buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas



lekapkan kanta tersebut



ulangi untuk kelopak mata sebelah kiri.





Sekiranya memakai alat solek:



gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap



jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata



pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik



basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap









Mencuci dan menyimpan kanta lekap:



basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air



keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan



titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan



bilas kanta tersebut dengan larutan salina



tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan



keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas



rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta



patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta





Siap Da..hasilnya...



Tadaaa~



smart seh...



*creadit to google for da picture

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..