Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

shyyyy..dah kena "sembur"

Hye semua..
Sambungan cerita kini bersambung

hehehehe.. sesuka hati je.

2 hari sebelum kejadian ini
aku di serang ini..

ini bukan aku, tapi yang ini yang berlaku kepada aku..
Bermulanya aku makan kuey teow.. Then malam tu lepas balik kerja, aku dah start gatal-gatal.
Mulanya aku ingat mungkin sebab aku mandi & balik lewat. Tapi lepas mandi pon terkeruk-keruk macam beruk. ishk! Lain macam sungguh..

Bila nak tidur ok sikit. Dah tengah malam mula tak sedap.
Tangan kebas muka keras.. Badan gatal. Bukan badan je kaki ke tapak kaki Tangan ke tapak tangan
Asal ni??

Bangun g tengok!
Muka dah tak rupa muka aku dah! Mata sepet tambah lak bengkak. Dengan merahnya lagi.. Mula gatal-gatal tu hanya bintik-bintk macam kena gigit nyamuk. Lama-lama makin lebar & bersambung, bengkak & dah rupa peta pon ade. SIYES beb aku tak tipu!

Aku menyusu, mengandung.. fikir kena anak je..
Ya Allah dugaan apakah ini???

Anak, anak, anak..

Dah tak tahan punya pasal, sebab ashik terkeruk-keruk sampai aku menangis kot.
Incik suami pon terkejut tengok aku. Terus je dia bersiap g mandi kul 3 PAGI tu bawa Alya sekali.

Buka Medical Card tengok mana yang boleh terjah pagi-pagi ni. Okes Hospital Pantai Cheras. Terjah! TAPI KATANYA.. TAHAN WAD JE BOLEH GUNA. hurmmmmmmmm.. sebab ni kira tengah malam so kena DOUBLE PAY!! Agak BODOH jugak la aku. Baru aku tau MEDICAL CARD macam ni..


  
Masa mengandung Alya dulu aku kena gestrik yang teruk sampai masuk air. Abah bawa g klinik mana tah..masuk air JE RM300++.

"DUIT BUKAN SEGALANYA..TAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT"

mana nak cekau??!! Terus je cancel & HKL juga aku mendarat.

Dipendekkan cerita.. Aku kena alahan..2 picagari ubat, masuk terus melalui injection. Berpinau aku. Sampai nak muntah. Balik dari HKL biasa la menyusukan Alya dengan dia sekali lalok. Incik suami sampai rumah, solat & bergeras untuk ke tempat kerja pula. Aku & Alya memang dah tak sedar ape.

Perasan or tak, memang sakit kita tanggung. Tapi orang lain turut merasakannya. Tak kisah la, rasa beban ke, rasa sedih ke, pedih ke, penat ke. Nak-nak orang yang tersayang. Mesti dorang risau. Oleh itu, jagalah kesihatan ANDA. Tak sayang diri tak pe. Tapi INGAT mereka yang menyayangi kita..*iklan =P

Sambung lagi..
Ubat macam biasa la..semua yang mengantuk.. If aku makan, kompom effect Alya skali.
Gatal-gatal ni tak berhenti lagi..
Malam aku inaikan Syamin, gatal-gatal makin menggatal! Air inai tu aku sapu kat tangan. Kasi sejuk. Sebab bila dah gatal, kulit macam terbakar, kebas. Eh entahlah.. sampai di hari Syamin nikah aku still gatal, nasib siang tu surut. Cuma miang. Kalau tak mesti aku tak bergambar. Magickan..

ni betul-betul tangan aku, masa malam berinai Syamin. Dari bintik-bintik now & bersambung macam peta.

Malam lepas majlis, aku di serang lagi..tak payah cakap la berapa kali aku bangun tengah malam tu, sebab terkeruk-keruk. Sampai merah aku garu. Mujur tak luka je. Esoknya try g kolam air panas. Surut la juga..mungkin sebab dah siang. Malam, dia dah nak start gatal. Mama ajak jumpa atok ni. Dia bagi air tangkal sikit & kunyit yang dah di baca & di bland suruh sapu. Memang dia cakap ade "benda" dah ikot. memang seramlah. Dah la mengandung..

Atok tu ajar, kalau gatal tu nak bersambung, ambil pisau pisahkan dia. Tekan-tekan, macam nak potong betul tu. Tapi make sure tengok ibu dia..means dia start kat mana. Aku ingat pakai belakang pisau, rupanya memang kena pakai betul-betul mata pisau. Huh seram.. kot berdarah...tak dapat bayang.

Balik mandi semua bagai. Aku minum air & sapu sikit kat area yang mula dah naik. Tawakal je. Tak larat da makan ubat.. mengantuk je dapat. Kesian Alya, kesian baby. Malam tu memang miang tak gatal dah tak bersambung. 3 hari lepas tu barulah beransur pulih. Alhamdulillah..

Apa-pon ade sikit benda aku nak share..

Surah Thariq, Ayat 4
Aku sempat tengok Tanyalah Ustaz.. ni Ustaz Sharhan Shafie bagi. Ayat pemisah jin & manusia. Kadang kita pergi tah mana-mana, dan mungkin ada yang mengikut. So belum masuk rumah baca..


share dari blog seseorang::

bila berdoa, jangan terlalu mengharapkan kesembuhan, biarlah itu menjadi yang terakhir sekali...
Seeloknya niatlah bahawa doa yang kita baca tu, bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah,
Mengadu kepada Allah atas segala sesuatu, Mendekatkan diri kepada Allah,
sekaligus berharap Allah memberi kesembuhan kepada penyakit kita...

TAPI,
Jika berdoa banyak kali, x dimakbulkan,
ustaz suruh kita check diri kita balik...
Bagaimana hubungan kita dengan Allah...

Friday, March 8, 2013

PeTUA mEnDAPAT anak SOLEH/SOLEHAH

♥ Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥ Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.


♥ Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥ Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:


  
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 


JOm sama-sama berusaha DapaTkan Zuriat yang SOLEH & SOLEHAH mudah2han diperkenankan... ♥ amin


share from: PIIM


Friday, August 3, 2012

Doa-doa menjelang bersalin

hye semua..
Bila dah hujung-hujung ni..
Aku try cari-cari doa yang pendek yang mudah dihafal
yelah time dah sakit nanti dah sah-sah aku akan fikir nak bersalin je
sekurangnya-kurangnya kalau ada doa-doa yang pendek bolehlah aku try betul tak..

aku share dari blog ni.. Cerita Awin

Pada mom to be selamat la mengamalkan ye.. moga-moga dipermudahkan..aminnn

Doa Nabi Yunus / Surah Anbiyak - 87


"Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

Ayatul Kursi / Surah AlBaqarah - 255




Surah Al-A'raf - 54




Surah Al-Falaq




Surah An-Nas

Friday, June 15, 2012

Bismillah 5

Sesuatu yang baik elok di kongsikan =)
Selamat beramal



Ertinya :
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:
1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. 


Fadhilatnya:
1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2. Luas rezki
3. Menang dalam peperangan.
4. Penerang hati.
5. Dijauhkan dari segala penyakit.
6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
9. Aman daripada binatang buas.
10. Air laut menjadi tawar.
11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
14. Terselamat dari karam di laut.
15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)
16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.
17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.
18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

share from: http://fajridil.blogspot.com

Friday, May 11, 2012

✿ Rahsia Surah Insyirah ✿




BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda :
"Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Friday, May 4, 2012

✿ Rahsia Surah Ad-Dhuha ✿



Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci.^_^' Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.


shared from::Facebook

Friday, April 20, 2012

✿ Rahsia Surah Al-Kautsar ✿




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

copy from facebook