Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Persediaan 2nd Pregnancy

Hye semua..

Azam aku untuk habiskan cerita tahun ni pasti bisa..
senget betul berazam hujung calender. Layankan aja.. bolehkan?

Alhamdulillah.. now dah masuk 22 minggu kandungan aku..

Persamaan mengandung kali pertama dengan kali kedua
1st dapat tahu excited sama!
2nd lasak tetap lasak, sibuk tetap sibuk.

Perbezaan..memang la banyak
1st mengandung dulu sickness teruk sampai kena masuk air. Dekat 4 bulan bangun tido bangun tido je. Kali ni tak de lah teruk cuma nak makan ade je tak kena. Makan ni tak sedap, itu tak sedap. Tapi aku masih mampu berdiri, berjalan, turun naik tangga, menyusukan Alya.

2nd rasa tak sedap tekak ni sampai sekarang still ade. hayoo.. kadang susah nak makan. Tengok dah sedap, makan tak sedap pulak. Rasa lain macam je. Masa mengandung dulu lepas je 4 bulan ashik makan je. Semua lalu.

3rd lebih cool berbanding dulu.

4th ashik teringin je.. nak tu, nak ni. Setakat ni Alhamdulillah. Aku tak de lah rasa nak benda mengarut. Semua benda senang dapat & aku sendiri cari. Ade juga yang orang lain yang dapatkan..hehehe..

5th rajin sikit nak melawa..tapi memang nampak selekeh je aku rasa..hahahaha. Tapi siyes! dulu bedak pon malas nak pkai.

6th sumpah aku malas giler nak masak! Masak pon ashik xjadi. huh! Masa Alya dulu ade je benda nak try.


Jantina? tah.. tak pulak aku cek..weeeee

Masuk je 15 minggu macam tu incik suami dah sediakan duit beli ni..
Set lengkap dari mengandung sampai bersalin
Masa mengandung 1st time dulu pon aku dah ambil set ni.. Aku memang tak makan vitamin klinik masa tu. Bukan berlagak..tapi rasa macam banyak benda nak makan. Dah la aku ni PEMALAS! Alhamdulillah.. semuanya baik-baik aja. So now teruskan aja =)

Then, rezeki lebih sikit.. terus je incik suami suruh borong ni..
Pad Herba Avail
Sebelum aku mengandung dulu aku memang ahli Avail. Pengguna je. Tak aktif, MATI je.. sayang betul. Kalau tak dah boleh beli sendiri je kan? Puas juga cari orang yang jual banyak & murah. Mejoriti suruh jadi ahli..& harga belum masuk postage. Tak nak postage nak COD tak de. Alhamdulillah aku jumpa juga. Masa bersalin pertama memang aku pakai. Selesa, berangin. Rasa bersih je. Seminggu pertama aku pakai yang biasa. Tak selesa. Sebab masa ni kan darah banyak.. 

"Asal tak pakai dari mula-mula lepas bersalin?"

Sebab mula-mula aku tak yakin. Sebab pad ni macam nipis. Rupanya sangkaan aku meleset. Walaupon nampak nipis, tapi ia mampu menampung. huhuhhu.. nasib pad yang biase tu beli 1 je. Kalau tak, mesti aku tak cuba langsung pad herba time pantang 

Pad mula-mula aku pakai hehehe
cerita pantang aku masa bersalin dulu kat sini ringkas je..

Selain Salindah..
"Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat mana-mana penyakit"

Set ni memang sememangnya wajib! Sebelum aku tahu aku mengandung yang kedua, aku dah makan set ni. Bukan aku je makan, incik suami & Alya pon makan. MAKANAN NUTRISI untuk SEMUA..
Mulanya makan sebab nak ganti breakfast, then berat badan aku kembali ideal & sampailah aku tahu aku mengandung lagi. Aku masih teruskan. Paling syok bila pergi cekUp. Alhamdulllah. Tiada masalah. Sebelum ni masa 1st mengandung, cek HB mesti rendah. Padahal masa tu dah makan bagai. Kali ni, aku tak sempat makan lagi pagi, just sempat shake.. itupun separuh. Sebab dah terlewat hehehe.. baby pon aktif =)

Sebenarnya ada lagi tambahan. Tu hujung-hujung nantilah beli..
Baju baby?? Pakai dulu mana yang si kakak tak muat hehehe.. nanti dah keluar tau jantina, baru beli banyak-banyak. Tapi banyak je baju si kakak yang unisex yang dah tak boleh pakai.. ketat.. hehehe

Tinggal lagi 2 hari untuk ke tahun baru..
InsyaAllah sempat habis cerita aku sampai 31 Dec nanti..
countdown..

detail mengenai Herbalife? Click sini

Thursday, December 26, 2013

shyyyy..dah kena "sembur"

Hye semua..
Sambungan cerita kini bersambung

hehehehe.. sesuka hati je.

2 hari sebelum kejadian ini
aku di serang ini..

ini bukan aku, tapi yang ini yang berlaku kepada aku..
Bermulanya aku makan kuey teow.. Then malam tu lepas balik kerja, aku dah start gatal-gatal.
Mulanya aku ingat mungkin sebab aku mandi & balik lewat. Tapi lepas mandi pon terkeruk-keruk macam beruk. ishk! Lain macam sungguh..

Bila nak tidur ok sikit. Dah tengah malam mula tak sedap.
Tangan kebas muka keras.. Badan gatal. Bukan badan je kaki ke tapak kaki Tangan ke tapak tangan
Asal ni??

Bangun g tengok!
Muka dah tak rupa muka aku dah! Mata sepet tambah lak bengkak. Dengan merahnya lagi.. Mula gatal-gatal tu hanya bintik-bintk macam kena gigit nyamuk. Lama-lama makin lebar & bersambung, bengkak & dah rupa peta pon ade. SIYES beb aku tak tipu!

Aku menyusu, mengandung.. fikir kena anak je..
Ya Allah dugaan apakah ini???

Anak, anak, anak..

Dah tak tahan punya pasal, sebab ashik terkeruk-keruk sampai aku menangis kot.
Incik suami pon terkejut tengok aku. Terus je dia bersiap g mandi kul 3 PAGI tu bawa Alya sekali.

Buka Medical Card tengok mana yang boleh terjah pagi-pagi ni. Okes Hospital Pantai Cheras. Terjah! TAPI KATANYA.. TAHAN WAD JE BOLEH GUNA. hurmmmmmmmm.. sebab ni kira tengah malam so kena DOUBLE PAY!! Agak BODOH jugak la aku. Baru aku tau MEDICAL CARD macam ni..


  
Masa mengandung Alya dulu aku kena gestrik yang teruk sampai masuk air. Abah bawa g klinik mana tah..masuk air JE RM300++.

"DUIT BUKAN SEGALANYA..TAPI SEGALANYA PERLUKAN DUIT"

mana nak cekau??!! Terus je cancel & HKL juga aku mendarat.

Dipendekkan cerita.. Aku kena alahan..2 picagari ubat, masuk terus melalui injection. Berpinau aku. Sampai nak muntah. Balik dari HKL biasa la menyusukan Alya dengan dia sekali lalok. Incik suami sampai rumah, solat & bergeras untuk ke tempat kerja pula. Aku & Alya memang dah tak sedar ape.

Perasan or tak, memang sakit kita tanggung. Tapi orang lain turut merasakannya. Tak kisah la, rasa beban ke, rasa sedih ke, pedih ke, penat ke. Nak-nak orang yang tersayang. Mesti dorang risau. Oleh itu, jagalah kesihatan ANDA. Tak sayang diri tak pe. Tapi INGAT mereka yang menyayangi kita..*iklan =P

Sambung lagi..
Ubat macam biasa la..semua yang mengantuk.. If aku makan, kompom effect Alya skali.
Gatal-gatal ni tak berhenti lagi..
Malam aku inaikan Syamin, gatal-gatal makin menggatal! Air inai tu aku sapu kat tangan. Kasi sejuk. Sebab bila dah gatal, kulit macam terbakar, kebas. Eh entahlah.. sampai di hari Syamin nikah aku still gatal, nasib siang tu surut. Cuma miang. Kalau tak mesti aku tak bergambar. Magickan..

ni betul-betul tangan aku, masa malam berinai Syamin. Dari bintik-bintik now & bersambung macam peta.

Malam lepas majlis, aku di serang lagi..tak payah cakap la berapa kali aku bangun tengah malam tu, sebab terkeruk-keruk. Sampai merah aku garu. Mujur tak luka je. Esoknya try g kolam air panas. Surut la juga..mungkin sebab dah siang. Malam, dia dah nak start gatal. Mama ajak jumpa atok ni. Dia bagi air tangkal sikit & kunyit yang dah di baca & di bland suruh sapu. Memang dia cakap ade "benda" dah ikot. memang seramlah. Dah la mengandung..

Atok tu ajar, kalau gatal tu nak bersambung, ambil pisau pisahkan dia. Tekan-tekan, macam nak potong betul tu. Tapi make sure tengok ibu dia..means dia start kat mana. Aku ingat pakai belakang pisau, rupanya memang kena pakai betul-betul mata pisau. Huh seram.. kot berdarah...tak dapat bayang.

Balik mandi semua bagai. Aku minum air & sapu sikit kat area yang mula dah naik. Tawakal je. Tak larat da makan ubat.. mengantuk je dapat. Kesian Alya, kesian baby. Malam tu memang miang tak gatal dah tak bersambung. 3 hari lepas tu barulah beransur pulih. Alhamdulillah..

Apa-pon ade sikit benda aku nak share..

Surah Thariq, Ayat 4
Aku sempat tengok Tanyalah Ustaz.. ni Ustaz Sharhan Shafie bagi. Ayat pemisah jin & manusia. Kadang kita pergi tah mana-mana, dan mungkin ada yang mengikut. So belum masuk rumah baca..


share dari blog seseorang::

bila berdoa, jangan terlalu mengharapkan kesembuhan, biarlah itu menjadi yang terakhir sekali...
Seeloknya niatlah bahawa doa yang kita baca tu, bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah,
Mengadu kepada Allah atas segala sesuatu, Mendekatkan diri kepada Allah,
sekaligus berharap Allah memberi kesembuhan kepada penyakit kita...

TAPI,
Jika berdoa banyak kali, x dimakbulkan,
ustaz suruh kita check diri kita balik...
Bagaimana hubungan kita dengan Allah...

Monday, December 23, 2013

Kurang dari 10 hari..

Hye semua..
Aku masih disini hehehe..
poyos je.

Sedar tak sedar ade kurang dari 10 hari kita dah nak tingggalkan 2013.
Lepas ni tak de dah la tulis tarikh..

hb / bulan / 2013 *faham ke ni?

kalau ade pon dalam kenangan je la.. or nak adjust tarikh claim ke..hahahah
opssss

okes aku nak perabehkan peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang diam-diam aku ni..
*istilah baru =p

memandangkan aku dah "berisi" buat kali kedua..
aku cuba-cuba membiasakan Alya dengan botol.
sebelum ni memang Alya tak pernah pakai botol.
yelah, aku kan duduk rumah je.

atas nasihat seorang kawan, aku pon cubalah ni..

Como Tomo
nama pon comey je kan.
bulat macam Alya hahahaha.. Body dia kenyal macam getah.
boleh picit-picit macam dalam gambo.
Harga dah macam Mimijumi.. tapi Mimijumi tu puting tu keras. kesian budak..

Mula-mula nak buat susu tu risau je. Boleh ke masuk air panas ni?
rupanya oke je.. basuh pon senang. sebab boleh gonyoh pakai tangan terus.

cubaan pertama aku memperkenalkan Alya dengan susu ni..
Dutch Lady Langkah 2
mendapat respon yang baik. Mula-mula tu 2oz je. Itu pon ade balance then dia tenyeh-tenyeh atas katil or kerusi.. saboo saboo.. Tapi sekarang dah lega bila dia da suka. Mana tau kot aku kena tahan wad ke lepas bersalin. Takde lah menyiksa dia. Sebab sebelum ni aku ade sejarah kena tahan wad.

Okes for Alya mission completed..
Nanti sambung lagi..

Wednesday, December 11, 2013

AreGya is Backkkkkkkkkkkkkkk!!

Hye semua..
Setelah sekian laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaame menyepi kini ku ke udara lagi hahaha. Idok le lame bebenor..ala belum setahun pong! Ate, ad eke orang membacanye? Ngeh3.. Tak kisahlah yang penting rajin, ade benda aku tulis ye dok?

Alkisahnya cerita aku terhenti di bulan.. Oktober. Itu pon aku bukan cerita pasal aku di bulan Oktober tapi cerita lama, yang aku cerita balik.. faham ke idok ni? Buat-buatlah faham

Memandangkan tak de cerita sangat aku dalam diam-diam rajin juga mengEDIT blog untuk siapa? Untuk aku le.. besh sikit nak nengoknye. Kalau ade yang lalu lalang cekomen kit blog aku BERAT ke, SEMAK ke.. hape ke kan.. komen2 aku tak marah.


Seperti biasa runtin aku adalah bersama anakanda yang nakal comel lagi manja. Bangun lewat, tengok kartun rutin di siang hari sebelum ke tempat kerja.. hehehe

anakanda beta hehehe..
time aku bekerja pulak dari pukul 5 petang sampai pukul 9 malam. Kalau masuk lewat, aku lewatkan la masa balik tu.. Kerja dengan abah den yo huhuhu.. senang. Anak anto umah neneknye kadang-kadang aku angkot skali biar dia main-main.. tak de bosankan =)

tempat koje hehehe.. incik suami cover-cover
disamping niat untuk sihatkan diri sendiri & bantu orang lain sama sihat macam aku dengan HERBALIFE, aku juga buat bisnes online. Promote barang kedai dan barangan2 lain. Macam beg tangan & ape-ape lah yang aku suka hehehe..

jemput LIKE okeh www.facebook.com/azalyneshop dan selamat menjamu mata

Sedar tak sedar juga.. Alya dah nak jadi kakak. InsyaAllah April '14 nanti. Doakan yang terbaik ye. Aku pon tak perasan sampailah aku demam & macam biasa period sangkut. Mula-mula takde pape 3 minggu lepas tu baru positif. Doktor pon tak tau aku dah berapa minggu. Sampai la awal November kena scan tau2 dah 15 minggu. Alhamdulillah rezeki..


Sickness? Alya tak mengamuk ke? A'ha.. 2, 2 ade.. 1st time. tapi kali ni aku sickness tak teruk macam Alya dulu cume loya-loya je then tekak macam orang demam pahit2. yek!! 1 minggu pertama lemau sebab semua tak lalu. Yelah tekak tak sedapkan. Tapi paksa juga amek shake. Memang untung.. huhuhu kembali bertenaga! untuk pengetahuan semua, aku masih menyusukan Alya =)

a simple note about herbalife shake (^____^)


okes ler sambung nanti ye.. cik Gula-gula hati dah bangun..

pengedar bebas herbalife, pengedar bebas herbalife malaysia, pengedar bebas herbalife cheras, pengedar bebas herbalife sungai besi, pengedar bebas herbalife desa tasik, pengedar bebas herbalife bandar tasik selatan, pengedar bebas herbalife TBS, pengedar bebas herbalife bukit jalil, pengedar bebas herbalife sri petaling, harga herbalife, testimoni herbalife, pakej herbalife, PGRM

Ask Me How
Hubungi:
Pengedar Bebas Herbalife
Azirah - 0133433567
capri_sakura@yahoo.co.uk
Atau click di sini

Friday, February 1, 2013

Air Selusuh + Akar Fatimah

Hye semua

Bersama saya dalam rancangan..membebel dak Gya!
Hahahaha
Bile da nak habis? Tu r kerja bertangguhkan..
Aku ni pulak manusia yang tak tau nak cari point..
So bercerita la panjang lebar..

Hadap je r ~

Air selusuh memang sinonim dengan orang mengandungkan?

Ianya air bacaan yassin kalau tak salah. Lebih afhdal suami yang buat. Tapi kalau suami tak yakin, suruh la mak ke ayah ke pakcik, nenek2 yang buatkan. Macam aku pakcik sedara yang buatkan.

Ni ha rahsia air selusuh aku jumpa kat blog akk ni.. 


Benda baru yang aku jumpa time aku mengandung..akar kacip Fatimah. Dengarnya tak de jual kat sini. Ni mak mertua aku bagi katanya ni dari Mekah. Dekat blog Incik Ben pon ade cite

Seingat aku masa tu kandungan aku dah 7 bulan. Mak cakap rendam & minum air ni. Mula2 ok. Dah lame2 rendam bau lak airnya..yek! ke aku salah info ni?
Last2 aku buang je air..& kena marah dengan incik suami.. tapi akar tu boleh guna lagi just keringkan nnt sape2 boleh guna. Ajaibkan?

Aku try seach pasal benda ni..rupanya DAH DEKAT NAK BERSALIN BARU RENDAM!
Ayooooo..
Dekat2 dekat nak bersalin tu rendam & minum airnya semakin kembang akar tu semakin dekat la masa/ tanda kita nak bersalin.. macam tu la yang aku baca.

Tapi benda tu tak terjadi pon kat aku. Tah le..

Ok, ni pulak pasal air selusuh.
Masa aku tengah mengandung ada lah baca2 pasal air selusuh.
Dorang kata jangan ambil air selusuh sebabnya nanti sakit je..tapi tak beranak jugak.
Ada yang kata minum time sakit nanti..masalahnya, time da sakit ade fikir ape2 tak?
Mama lak kate.. “air selusuh mama tertinggalkan rumah tak sempat nak minum korang semua da keluar” untung laaa~

Lain pulak cerita aku..
Air selusuh aku minum masa aku sakit kena godak beberapa jam lepas induce. Kalau korang ada baca kat sini.. 

Sikit2 aku minum. Tapi tak habis.

Ade sorang adik ni ajar aku minum air selusuh..
Once dah minum, minum smpai habis. Sebab bila kita dah minum & tutup balik tu yang tak de jalan. Sebab kita yang tutup. Ni dia punya cerita la..
Kalau air selusuh dalam botol mineral, habiskan air & gunting botol tu. Kalau aku air dalam Tupperware acane nak gunting? Caranya habiskan & buka je penutup Tupperware tu..

Aku try juga, tapi aku tak de rasa ape2.
Tu lah kan kalau belum masa ALLAH buka jalan untuk baby keluar maka tak terkeluarlah.

Degil aku ni..tak nak dengar cakap mama!

tapi mungkin ada silap aku kat mana-manakan... siap orang lain bahagiannya =)

Friday, January 18, 2013

Selamat Hari Raya..ek?

Hye semua..

Dah dua raya berlalu, tapi aku masih tak habis bercerita
Dah tahun baru dah pon!
Hehehehe~

Yok sambung..
Bangun pagi, muka selekeh..

Dalam hati “hari ni raya dah ker?” mamai..
“tak macam pon” ermm

Jap lagi makanan sampai..
Bermonolog lagi “Wah tercapai jugak hasrat aku nak makan nasi impit..bismillah..tak macam mama buat pon” hampa.. “makan je lah”

Belum habis makan dah kena panggil check*check lagi ergh!
Doctor “kita check dulu ye, kalau bukaan dah 3cm kita bawa awak turun”
Aku angguk je..lapo
Doctor “ok dah 3 cm boleh lah turun”
Aku lapo lagi ni, en.suami pon belum sampai..sedeyh
Nurse “awak habiskan makanan dulu nanti kite panggil”
Aku diam je & bergerak kearah katil..

Makan lambat2 hasrat hati nak tunggu en.suami tapi dah kena panggil.
Nasib boleh bawa h/phone
Pengalaman pertama kena tolak atas katil..
Tinggi juga katil yang tolak-tolak tu kan..
Bukan main laju lagi attn tu bawa aku..
Rasa macam da nak langgar pintu lif & dinding2 yang berdekatan.

Akhirnya sampai juga aku
Kecik je biliknya
Sejuk..
Kena check lagi dan 4cm
Sebab nak bagi bukaan cepat dorang pecahkan air ketuban

En suami call,
Perkara pertama aku cakap
“abang ckp dengan mama tak yah bawa makanan..ira dah turun nak bersalin”
Makanan juga aku fikir huhuhu

Bila tiub-tiub dah dipasang pada tangan aku
Doktor-doktor bagi penerangan pasal epidural













Nak tau ape sila click okes..
Puas la aku pusing2 pample yang dorang bagi untuk aku baca tapi aku still takot & tak berapa nak faham 1st time kot & aku tak tau ape2 pon pasal ni..
Aku tnya mama, dia cakap dia cucuk kt peha je..
Aku try tnya bidan yang jaga aku dalam wad tu if aku tak mau ade bius lain tak?
Dia cakap bius biasa cucuk kt peha.
Lagi 1 aku baca cucuk ni ATAS BELAKANG..seram je
Aku pon buat keputusan TAKNAK!

Masa aku cakap tak mau, boleh lak ade bidan tua ni nak marah2
Meroyan ape orang tua ni..
Dia ckp macam ni “ko ingat beranak ni tak sakit ker? Ko ingat anak ko boleh kuar macam tu je? Karang dah sakit ingt boleh cucuk time tu ker?”
Kecoh! Aku dengar je“suka ko la~”

Jap lagi tu dah bius en. Suami baru boleh masuk
Yang bidan tua tu boleh lak cakap lembut
“bini awak ni kite nak bagi epidural pon tak mau”
Erkkk

Ok aku dah start mengantuk tapi dalam masa yang sama pinggang sakit yang teramat berdenyut2.
Mula2 jarak jauh juga la sakitnya.. sempat aku tertido beberapa jam
makin lama makin sakit.
Aku cuba tido
Tapi bagai di sentap
Tido..sentap
Sampaikan makan pagi tadi kuar*masa ni dah dalam kul 12 lebih aku turun kul 9, bius kul 10
“habis la, ade lagi ke tenaga aku nanti untuk push?”

Tido balik tapi tak lama

Aku dah rasa macam ada benda nak kuar
Aku dah nak teran tapi bidan tu cakap juga teran sebab bukaan aku belum besar
Masa tu aku pandang en.suami aku nak cakap
“kalau ira tak de nanti camne?”
Tapi tak terkeluar sebab mengantuk yang teramat sangat

En suami sempat g solat zuhur
Di balik je aku dah nak meneran..

Aku tak tau macam mana nak cerita
Tapi seingat aku yang paling klakar bidan suruh push time tu aku nak tido
Ngahahahah ngantok laaa~

Aku tak ingat berapa kali
Yang aku tau aku sempat tengok jam mula2 sakit 10 minit 10 minit
Then 5 minit 5 minit
Seminit semint
Its TIME~
Aku rasa sangat pantas masa berlalu
Yang aku tau last aku push ade benda kuar & suara bayi
Terus en.suami cium
Aku still mengantuk
Bidan suruh selawat sebab nak potong tali pusat & angkat tanya anak ape
Memang tak la aku nak jawab
Sebab aku tak nampak
En suami cakap girl, baru aku sebut girl













Bidan tu terus letak baby atas dada dia cakap
“pujuk anak awak, dia takot tu”

Ye, dia dalam pelukanku bersamaku
Macam tak percaya..

1st time tengok bayi..
1st raya,
Semua 1st la bagi aku..

Allahuakhbar semua yang berlaku atas kuasaNYA



















*bidan tu nurse yang smbut baby aku pggil bidan huhuhu aku bersalin kat hospital tau jgn pk aku kat umah hahahahaha


Friday, December 14, 2012

Adakah ini petanda?

Hye semua..
Cerita aku kt hospital tak habis lagi..

Pernah tak korang beraya kat hospital?
Bila cakap beraya kat hospital mesti orang akan fikir
Sebab accident tak pon mercun..tu je betul tak?

Tapi aku antara orang yang beraya kat hospital OK!

Sangat bahagia sebab dah tak di ‘usik’ TAPI bosan sebab tak boleh balik!
Nak tengok tv..nak laptop..nak edit gambo. Argh!!!

1 hari lama sangat nak berlalu pergi
Kalau duduk rumah tu baru je rasa bangun tido tau2 dah petang..
Kat sini?? Ayooo

Selepas dorang datang maka aku ditinggalkan berseorangan..
Tido..bangun..makan..mayau tu je..

Rasa nak turun bawah je..karang orang cakap aku lari wad lak..kan parah tu hahahahaha~
Hujung2 ni aku buka surah Yasin & surah2 yang ada dalam MP3 aku dengar.
Nasib aku ade gadget ajaib ni..tak sia2 aku beli.. =)

Maghrib pon tiba..syoknya kalau aku kat rumah dah mesti aku boleh berbuka 1 family.
Esok dah raya..
Syahdu aku masa ni*bergenang balik air mata
Sekejap tu dengar pulak takbir raya, sedih lagi..
Tak pe, tak pe aku tak sorang2 aku dengan Baby..
Demi anak ibu..*aku pujuk hati

Banyak masej masuk wish SELAMAT HARI RAYA..
Raya tu macam tak terasa pon..sebab aku lebih fikirkan KAMI.

Dalam sibuk2 orang masak ketupat rendang,
Aku da start sakit pinggang..
Tak boleh duduk..
Berdiri & berjalan je..
G toilet tengok dah berdarah..

Terus call mama

Aku: mama, along da sakit pinggang & berdarah
Mama: dah keluar tanda la tu..mama doa ko bersalin esok

gambau google

Berderai air mata..*maaf aku memang cembeng =)

Makin lama makin sakit pinggang ni..mana lagi aku nak berjalan ni..
Pakse diri tido..semoga aku bangun esk.



Note cikit..
Antara tanda2 dah dekat nak bersalin, nurse kat KKIA bagi tau,
keluarnya air ketuban (kembar air). Air ni keluar macam kencing tapi tiba-tiba je keluar tanpa di sedari. Ade juga akan keluar darah (kembar darah) masa kencing or tiba-tiba je macam haid. 
Ni lak orang tua-tua kata,
Perut nampak jatuh means ke bawah.
Berat susut sikit.
Kaki bengkak
Tu je kot =)

Nak balik la~!

Hye semua..

Punyalah lame aku ambil masa nak sambung cerita
Maklumlah baru jadi ibu..agak lingkang pukang sikit *sikit ker? 

Huhuhuhu..

Selepas mengalami mimpi ngeri*sakit yang teramat sangat! 
Malam tadi, akhirnya aku berjaya menidurkan diri 2 jam je kot.
Sedar-sedar orang hntar makanan*breakfast 

Aku da start tak puasa dari mula aku masuk wad =P

Lepas makan cek lagi..aduh!
Masih LAGI 2cm!
Punya la teruk aku sakit semalam..huh!

Tu la..kate orang tua tak mahu dengar..
Kalau BELUM tiba masa baby nak keluar dia takkan keluar
Lepas je cek, aku mintak balik dengan doctor..memang tak la.
Nama pon dah overdue memang takkan boleh lepas punya.
Rasa nak lari pon ade
Disebabkan aku ashik cakap nak balik je, so tak de dah doctor ‘usik’ aku lagi
Yang syoknya hari ni, dorang datang bawa banyak makanan.

Hehehe..

Orang len puasa, aku syok makan.
Tapi memang aku sangat lapar di hujung-hujung ni. MAKAN AJE SELAGI BULEH!




Friday, October 19, 2012

Kesakitan melampau!

Hye semua..
Setelah sekian lama menyepi
kini bersambung kembali
Cerita “alkisah” ku bersambung lagi..

Aku menyerah diri hari Jumaat 17 Aug..
Bukaan 2 cm bukan bermakna aku akan beranak pada hari yang sama..
Selepas aku kena cek buat pertama kali kat tempat mula-mula nak daftar,
Aku kena cek lagi bila da masuk wad.
SAKIT!!!! Bukaan still 2 cm
Kali ni bukan cek aje tapi kena masuk ubat induce..
Memang tak rasa ape2
Aku masih boleh berjalan & sangat bosan

Setiap berapa jam aku tak tau la. Aku ashik kena cek je. Tapi bukaan sama.
Ya Allah sakitnya ashik kena cek!
Yang ni la yang mama tak mahu aku lalui.
Tiap kali cek mesti kuar darah + perit.

Kesian en suami , time melawat dia datang.
Time habis melawat kuar balik.
Lps tu datang balik.
Dah la puasa. Berbuka tah ape-ape je dia makan.
Bila bukan time melawat dia curi-curi masuk.
Bila kena halau..kuar..jap lagi datang lagi..
Sedih aku tengok.

Masa berbuka aku suruh dia balik.
ye memang dia balik, tapi dia datang balik & tido dalam kereta.
Sampai macam tu sekali dia risaukan aku.
*menangis..tengah menaip ni pon aku menangis ingat balik masa ni. 


Masa ni, air mata je peneman aku.
Menangis tengok en suami, menagis menahan sakit.

Start tengah malam aku dah mula sakit.
Sakit yang teramat. Aku tak taulah ini ke senggugut yang macam orang cakap-cakap tu.
Sepanjang aku datang haid, aku tak pernah kena senggugut so aku tak tau.
Sakit ni bukan sakit perut biase, berdenyut-denyut, memulas-mulas, tersentap2 nyawa kau!

Allahhuakbar! Itu je yang aku mampu.

En suami. Sekejap-sekejap je boleh teman aku.
Sebab ashik kena sound je dengan nurse & polis bantuan.
Menangis-nangis aku tiap kali en suami nak tinggalkan aku.

“kenapalah sayang kena balik? Ira perlukan sayang time ni..Ira betul-betul sakit” perlahan sangat suara aku masa ni sebab aku terlalu sakit & lemah.

Aku sempat dengar en suami cakap “sabar ye sayang..” dan berlalu keluar dari wad.

Semalaman aku sakit, setiap jam nurse datang cek tekanan darah aku & contraction baby. Tekanan darah aku makin tinggi & pergerakan jantung baby makin perlahan. Dalam sakit-sakit aku mulai risau, bukan pasal aku tapi pasal baby.

Ya Allah, selamatkan anak aku.

Aku menyesal sangat-sangat! Kenapa aku datang!!! Dalam sakit aku memberontak, dalam sakit aku menangis, menderita!

Saturday, September 8, 2012

Bermulalah alkisah

Hye semua..
Korang buat ape tu? Mesti dalam mood raya lagikan?
Well raya kan sebulan..huhuhu

Aku tak rasa pon mood raya
Biase la dah dalam pantang..
Pergerakan terbatas
Jangan kata pergerakan, makan minum pon ade had..
Ehmm..ssh jugakkan?

Tapi orang dalam pantang mane nak gerak hyper macam aku sebelum bersalin dulu
Bentan kang tau la nasib ko! Huhuhu
Jahitan terbuka ke..tak ke ngeri nanti.

Tujuan asal buat entry ni nak cerita saat-saat aku menanti kelahiran cahaya mata
Alya Marissa..

Bermulanya disini..


Gambar terakhir sebelum bersalin..

Setelah letih berkayuh ke tempat kerja hari-hari + stress, akhirnya aku dapat juga cuti.
Aku start cuti 2 Aug. Jangkaan aku bersalin 6 Aug (private) or 8 Aug (klinik kesihatan).
Kalau ikotkan aku nak cuti biler betul-betul sakit.
Tapi memandangkan aku kerja jauh, baik la aku berehat awal.

6 Aug, aku masih tiada tanda-tanda untuk bersalin
8 Aug, masih sama..aku mula risau
Kawan yang lambat lagi due pon dah bersalin dulu
Aku apply cuti bermula 2 Aug – 10 Aug..
Next weeknya aku still taka de tanda-tanda..
Aku mohon lagi cuti seminggu..
Pertama kali dalam sejarah la aku cuti pnjang..huhuhu

Kata mama “anak kau sama macam kau lah ni, keluar lewat.”

Aku ade baca artikal yang mengatakan normal jika kita bersalin semasa usia kandungan 37 – 42 minggu.
Ada juga yang kata, kalau ada family kita (ibu) pernah melalui proses bersalin lewat, kemungkinan kita pon akan lewat juga..
Tapi ada juga yang kata, itu tak betul. Kalau lewat anak boleh mati.
Hidup mati di tangan tuhan..
Aku dah pening..sebab ni melibatkan nyawa.

Hanya Allah yang tau macam mana risaunya aku.
Orang lain tau marah je..

Aku di PAKSA cek up di HKL pada 17 Aug, masa tu 9 hari overdue.
Aku ingat cek aje tup tup aku kena tahan wad!
Memang nak sumpah seranah je..
Mula-mula sampai kena cek 2cm bukaan.
Sakitnya!

Mama call tanya macam mana.
Aku bagitau yang aku ade bukaan & kena tahan wad.
Memang aku kena marah la..

Mama cakap “mama dah kata jangan pergi! Ingat tak sakit ke kena cek setiap masa? Mama dulu lambat rilek je. Kau sihat je sampai sekarang..bla bla bla..”

Mana tah aku nak cari kekuatan masa ni. Aku dah rasa aku sorang-sorang je.
Yup aku memang bersama en suami. Tapi tah la..aku slalu rasa sensorang.

Nak tak nak aku dah kat HOSPITAL.
Doa aku tak putus-putus.
selagi boleh bangun solat..aku solat.
Aku tau mama bukan marah ape, mama risau & tak nak aku sakit.
Dalam hati aku..aku tekat! Demi anak aku..aku teruskan juga ape pon jadi..

Dalam masa yang same menyesal pon ade sebab serah diri.
Cian aku, cian baby sebab kena PAKSE!

Setiap kelahirankan dah ditetapkan tarikh kenapa mesti melanggar fitrah?

Monday, August 6, 2012

August sudah muncul

Hye semua
Sedar tak sedar kita dah berada di bulan 8
Bulan kemerdekaan
Ramadhan pun dah tengah
Sangat pantas masa berlalu..

Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa ku..
Dan masih di beri kekuatan walaupun dah di hujung-hujung

Dengan peluang yang ada,
Aku dengan sepantas mungkin mengupdate blog
Mengemas & buat ape yang aku rasa aku nak buat
*macam hari esok dah takde je =') mane la tahu kan

Okes
1st aku nak review balik tentang kehamilan aku ni
Cerita aku bermula di sini
Kemudiannya bersambung dengan ni
Sepanjang 3, 4 bulan pertama aku memang sangat lemah
Sampai tak mampu nak pergi kerja*1 bulan kot
Dari 80kg, berat aku tinggal 76kg gara-gara sickness yang teruk*lembek betul!
Aku pernah kena masuk air sebab tekanan darah terlalu rendah*mujur tak kena tahan hospital
macam aku pernah bercerita kat sini
dan masa tu aku betul-betul jadi orang lain hehehehee..

mana tak nya..
makan tak lalu
semua bau rasa pelik
jadi manusia yang sangat sensitive dengan bau
jangan kata makan, bau sabun pon aku berkira sampai aku suruh en.suami beli sabun lain.
Ada juga masa yang aku tak suka bau en.suami hehehehe~

Aku juga jadi sangat pasif, rasa nak tido je
Keluar memang tak mau
Sekeras kerasnya aku menolak kalau en.suami ajak keluar

Bila dah melepasi 3 bulan, baru lah aku cuba-cuba untuk keluar..
Mula-mula sekali aktiviti aku adalah ikot en.suami tgk wayang

Ok la masa tu sebab tak keluar lama pon sekejap je..
Tengok wayang, makan n balik

Bila dah kuat cikit, mulalah aktiviti aku merayau sampai tak ingat dunia..
Pergi Weeding
Pergi melawat orang pantang
Pergi check up pon da boleh bawa motor

weeeeeeee~


Pada permulaan check up, semuanya ok but bila dah masuk kali kedua aku dah ada masalah tekanan darah ayooo susah gak nk maintain 2 kali jatuh..nasib lepas dari tu tekanan darah aku naik & kembali stabil. Time pregnant ni juga aku kena cagu.. Tak pernah-pernah seumur hidup aku kena cagu..atoi ai! Kalau terlanggar cikit rasa nak meraung. Pkai seliper pon jadi tak betul. Apatah lagi nak ber jalan. Lama juga la kena. Tapi Alhamdulillah OK juga akhirnya.

Start bulan 4 @ 5, aku & en.suami dah mula beli kepeluan baby ..macam tak caye je ade baby, padahal perut makin naik huhuhuhuu~

Ade yang kami beli dari internet, ade juga yang beli sendiri
Korang boleh tengok link ni ok

Membeli belah Online
Info mom2b



ini baru cikit banyak lagi link yang korang boleh lawati kalau korang rajin mencari
untuk barang keperluan boleh tengok ni


sepanjang aku pregnant aku tak de masalah kaki bengkak..
sampailah di minggu terakhir ni barulah nampak bengkaknya. itu pon sikit.

bermula hujang bulan may sehinggalah sekarang aku ligat berjalan..hehehehehe
sampai dah masuk bulan puasa pon berjalan juga..ayooo
buktinya..kat sini, sini, dan sini
ada orang kata banyak berjalan senang bersalin.. yeke?
entah..

itu je kot cerita aku..
beg dah siap lame dah dari bulan 6 sudah aku..eh bukan aku..en.suami yang kemas dan sumbatkan dalam kereta.
buku merah pon dia yang masukkan dalam handbag aku..
sangat prihatinkan suami saye...

Ape-ape pon doakan yang terbaik untuk aku & baby..
Patutnya due 6 Aug, tapi still belum ada tanda-tanda..
Abah aku cakap baby kuar same dengan besday dia nanti hehehe..
ye la kot..

en.suami frust sebab baby tak nak kuar lagi hohohohoho..
tak pe la.. yang penting bulan August insyaallah kalian berdua akan naik pangkat
sorang jadi AYAH sorang lagi jadi ATOK

Hari peristiwa di bulan August
4 August - En. suami besday
9 August - Abah besday
14 August - Anniversary Mama & Abah

baby lak bile ye? huhuhuhu

Friday, August 3, 2012

Doa-doa menjelang bersalin

hye semua..
Bila dah hujung-hujung ni..
Aku try cari-cari doa yang pendek yang mudah dihafal
yelah time dah sakit nanti dah sah-sah aku akan fikir nak bersalin je
sekurangnya-kurangnya kalau ada doa-doa yang pendek bolehlah aku try betul tak..

aku share dari blog ni.. Cerita Awin

Pada mom to be selamat la mengamalkan ye.. moga-moga dipermudahkan..aminnn

Doa Nabi Yunus / Surah Anbiyak - 87


"Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."

Ayatul Kursi / Surah AlBaqarah - 255




Surah Al-A'raf - 54




Surah Al-Falaq




Surah An-Nas

Thursday, July 26, 2012

Minggu-minggu terakhir (I)

Hye semua..
Tajuk cam seram je..
Hahahaha

Hari ni dah masuk 6 Ramadhan
Awal lagikan? Huhuhu
Di kesempatan ni aku nak wish


Alhamdulillah..
Setakat ni aku masih berpuasa..

Sebenarnya
“minggu-minggu terakhir” tu merujuk kepada aku yang menunggu hari je dah ni.
Kalau ikot due insyaallah 6 Aug 2012.
Lebih kurang 1 minggu lebih je lagi.
Doakan semoga semuanya selamat ye =)

Lama dah tak membebel..
Malas tahap maksimum

Lagipun sepanjang hujung minggu ashik keluar je..
Letey tul makcik..

Last week aku edit gambo2 dalam FB habis aku buang & susun balik.
Konon tak nak banyk2 dalam FB tapi macam banyak jugak je aku rasa.
Tu pun tak hbs lagi aku rasa.. Hehehe..

Last aku bercerita pasal Aku di bulan Mei..
Tapi tu pon belum habis lagi..
Alahai.. banyak sangat tangguh tu la..

Ok lets we continue..
Hujung bulan Mei tu, kawan aku kawen =)

Tahniah kepada pasangan Durani & Hazwan (25 May 2012)





Aku sempat g time dorang nikah je..
Sebab esknya family belah suami nak datang KL
Nasib la aku boleh cuti & en suami dengan relanya mintak cuti semata-mata nak memenuhi permintaan si isteri untuk berjalan..hehehe

Mekaceh sayang..

Ni juga merupakan pertama kali kami datang ke Masjid Selat..
Laut!!! Saya suka, saya suka!



Malamnya tido di rumah Umi..dah lame tak datang sini..
Last datang November 2011 masa tu belum berisi hehehe
Sempat la borak-borak dengan Umi..walaupon agak singkat masanya.

Esoknya
*Sabtu, kami pulang ke KL
Family suami sampai dalam petang macam tu..
Lusanya pulak, en.suami & family hantar adik dia pergi interview di UPSI

Aku? Dok umah je..tak larat da berjalan..
Sebab masa turun Melaka tu aku merayau je..
This week paling penat en.suami le..
Tian dia..
Da la masa g Melaka dia drive..balik KL pon dia drive.
Masa g UPSI pon dia drive..
Isnin, kerja macam biasa..
Memang sangat letihkan..

Masuk bulan 6,
Pada awal minggu memang ada 2 jemputan kawen

Daripada Jefri --- member ILP


&



Daripada Baizura --- member sekolah

2,2 aku tak dapat pergi sebab ape?
Aku pun dah lupa..nanti aku cek schedule

Jumpa lagi di part ke-2 ye..
Selamat Berbuka Puasa =)

p/s: Ade 1/2 jam lagi masa sebelum aku balik.. tapi tak tau nak buat ape kerja semua dah setel ngeeeee