Posts

Showing posts with the label LiFe

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Image
Puasa enam hari dalam bulan Syawal Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim) Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah) Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang

Bismillah 5

Image
Sesuatu yang baik elok di kongsikan =) Selamat beramal Ertinya : 1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan 3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan 4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik 5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut: 1. Penawar bisa diri 2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang 3. Penawar bisa-bisa badan. 4. Penawar bisa batu merian 5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya. Cara Merawat: Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota ter

JANGAN !!!

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat. - JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. -JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna - JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan. - JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan. - JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. - JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. - JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah. - JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia. - JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula. - JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangka

✿ Rahsia Surah Insyirah ✿

Image
BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku" . Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

✿ Rahsia Surah Ad-Dhuha ✿

Image
Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci.^_^' Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW. Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini. Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu. Terjemahan: [1] Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi - [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaanny

Jangan bertangguh untuk kebaikan

Image

✿ Rahsia Surah Al-Kautsar ✿

Image
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6) Jika rajin membaca

Kita Sebenarnya

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram ! ......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal ! ......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat ! ......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan ! ......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji ! ......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah ! ......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum ! ......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid ! ......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri ! ......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama ! ......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama ! ......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka ! ......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah ! ......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan ! ......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyu

DIA Maha Mengetahui

Image
source: Rabiatul Taufiqa Jika Allah tidak memberi kita apa yang kita mahu, Dia tahu itu bukan apa yang kita perlukan.. Dan jika Allah mengambil sesuatu dari genggaman kita, Dia tidak menghukum kita tetapi semata-mata mengosongkan tangan kita untuk menerima sesuatu yang lebih baik.. Dia tahu segalanya..SubhanAllah!

16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir

Image
Shared from here # Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan # Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. # Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar. # Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir. # Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. # Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan. # Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan. # Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan # Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. # Jantung bay

Tidur Selepas Subuh..Mahal Rezeki

Image
hye kawan-kawan..selalunya kite dengar Murah Rezeki ..Kali ni Mahal Rezeki ..ape tu? Maknanya lawan dari Murah Rezeki la..hehehehe Ok jom.. aku nak kongsi dengan korang semua. Untuk panduan bersama =) sumber: HalaqahOnline =================================================== Kita telah ketahui bersama bahwa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan . Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan, "Banyak tidur dapat mengakibatkan

RaMadHan di PerTenGahan

Wah Dah nak berbuka Dah kite ek.. Sekejap je da 17 Ramadhan.. sikit pon aku xsedar *leka or lalai? Semalam baru aku perasan..masa tu dalam perjalanan balik dari hantar kereta En.Tunang.. Aku terpandang bulan terang betul.. " abg..hari ni dah berapa ramadhan? " " hari ni da 16 Ramadhan syg " " lar ye ke? patut pon bulan terang je. Ira xsdar pon. hehee.. " " syg ni mcm2 la. " malunya... Hari ni Selangor cuti..sebab..Nuzul Quran.. Aku terus cari info ni sebab nak berkongsi.. aku bukan alim mana pon..sbb tu aku suka buka info untuk tambah pengetahuan.. tak salahkan? Nuzul Al-Quran Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bi

Kupu- kupu

Image
Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan

I'm so sick when He Left Me..

Image
creadit to google =) thanks for everything.. thanks for being 1 of mylife.. gud luck for ur life.. congrat for ur becoming engagement n wedding god bless u..amin.. broken2..hancus bahasa..huhuhuhu layan kan ajer..ngeh3