Posts

Showing posts from August, 2012

Aku yang berdosa - Shahir

Image
Sejauh mana Langkah ku di sana Aku melupakan Mu Seluas mana Kau beri padaku Masih ku angkuh pada-Mu Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah Apa yang bisa Ku tebus kepada-Mu Atas dosaku Ya Allah Ku hina terasa Biar ku bersujud Untuk ke syurga-Mu Shared from LirikLagu

Alhamdulillah..Tahniah untuk mereka

Image
Tempat : Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Tarikh : 10 August 2012 , 21 Ramadhan 1433 Masa : 12: 48 AM Baby boy , 2.6 kg

August sudah muncul

Image
Hye semua Sedar tak sedar kita dah berada di bulan 8 Bulan kemerdekaan Ramadhan pun dah tengah Sangat pantas masa berlalu.. Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah puasa ku.. Dan masih di beri kekuatan walaupun dah di hujung-hujung Dengan peluang yang ada, Aku dengan sepantas mungkin meng update blog Mengemas & buat ape yang aku rasa aku nak buat *macam hari esok dah takde je =') mane la tahu kan Okes 1st aku nak review balik tentang kehamilan aku ni Cerita aku bermula di sini Kemudiannya bersambung dengan ni Sepanjang 3, 4 bulan pertama aku memang sangat lemah Sampai tak mampu nak pergi kerja *1 bulan kot Dari 80kg , berat aku tinggal 76kg gara-gara sickness yang teruk *lembek betul! Aku pernah kena masuk air sebab tekanan darah terlalu rendah *mujur tak kena tahan hospital macam aku pernah bercerita kat sini dan masa tu aku betul-betul jadi orang lain hehehehee.. mana tak nya.. makan tak lalu semua bau rasa pelik jadi manu

Doa-doa menjelang bersalin

Image
hye semua.. Bila dah hujung-hujung ni.. Aku try cari-cari doa yang pendek yang mudah dihafal yelah time dah sakit nanti dah sah-sah aku akan fikir nak bersalin je sekurangnya-kurangnya kalau ada doa-doa yang pendek bolehlah aku try betul tak.. aku share dari blog ni.. Cerita Awin Pada mom to be selamat la mengamalkan ye.. moga-moga dipermudahkan..aminnn Doa Nabi Yunus / Surah Anbiyak - 87 "Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri." Ayatul Kursi / Surah AlBaqarah - 255 Surah Al-A'raf - 54 Surah Al-Falaq Surah An-Nas

Minggu-minggu terakhir (Akhir)

Image
Hye semua.. Sihat? Ade yang dah kantoi puasa? Ishk2.. Kalau perempuan tu standart la.. TAPI kalau LELAKI… Tak tau le..mungkin xsihat kot.. *positif2 Hehehehehe Okes aku bercerita lagi. Sementara aku ada masa & ruang untuk bercerita Samada ada orang nak baca or tidak, Tu belakang kire hehe yang pnting aku menulis sebab aku suka.. Macam aku menulis diary dulu..huhuhu Start dari darjah 6 lagi aku menulis Bahasa aku still sama macam ni.. Tak reti le nak puitis2 Habis membebel.. Start July, kandungan aku pon masuklah 9 bulan.. Awal July, aku sempat mendarat di majlis kawen Nizam Haaaa~ Betapa meriahnya bila kawan-kawan berkumpul.. Cuma aku agak terkilan tak dapat snap dengan pengantin..letih sngat sebab baru balik dari Pahang Yang penting aku dapat snap pic pengantin =) Start bulan ni juga aku dah kena check up TIAP-TIAP minggu.. Maknanya dalam seminggu adalah 1 hari yang aku xwujud kat office “Sowi ye bos..tp saya da minta kebenarankan? Hehehe”

FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN

Image
Puasa enam hari dalam bulan Syawal Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim) Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah) Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang