Showing posts with label LoveLifeFriendship. Show all posts
Showing posts with label LoveLifeFriendship. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Friday, April 27, 2012

Bila hatimu dipenuhi rasa syukur..

♥► Rasa syukur membuat hidup kita menjadi indah ♥
♥► Rasa syukur membuat yang sedikit terasa cukup dan berkah ♥
♥► Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki saat ini menjadi lebih berharga ♥
♥► Rasa syukur mengubah masalah yang kita miliki menjadi hikmah yang bernilai♥
♥► Rasa syukur mengubah hidangan sederhana terasa menjadi istimewa ♥
♥► Rasa syukur mengubah rumah yang sempit terasa lapang dan nyaman ♥
♥► Rasa syukur mengubah kegagalan menjadi pelajaran berharga ♥
♥► Rasa syukur mengubah kekeruhan suasana menjadi kejernihan ♥
♥► Rasa syukur mengubah yang tidak nyaman menjadi menyenangkan ♥
♥► Rasa syukur mengubah penolakan menjadi penerimaan ♥
♥► Rasa syukur mengubah kebenciaan di hati menjadi kasih sayang ♥
♥► Rasa syukur menciptakan kedamaian dan ketenangan hati ♥
♥► Rasa syukur mengubah emosi menjadi latihan kesabaran...
♥► Rasa syukur menjadikan masa lalu sebagai kenangan manis ♥
♥► Rasa syukur menjadikan masa sekarang keindahan dan kesenangan ♥
♥► Rasa syukur menjadikan hari esok penuh harapan ♥
♥► Rasa syukur menciptakan visi ke depan yang penuh harapan ♥

~ Bila hatimu dipenuhi rasa syukur.. hidup menjadi selalu indah dan damai :) ♥




by Ustaz Don Daniyal

Friday, March 2, 2012

~ALLAH knows BESt!~♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.





1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


creadit to FaceBook

Saturday, October 29, 2011

~* WAHAI LELAKI.. *~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya..



✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿


share from Facebook

Tuesday, January 18, 2011

Ape perbezaan Antara Lelaki & Perempuan

hye semua..
Rasanya da biase sangat tajuk ni kan? Tapi kali ni lain.. Aku belum pernah jumpa lagi so aku nak kongsi dengan korang. Hope korang suka..

yok kita kaji..



1.
Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

oh macam tu ye..Saye sayang Hubby saye..hahahahah

creadit for this Facebook

Sunday, November 21, 2010

Cincin di jari manis..kenapa ye??

Ikuti langkah berikut ini, Ini benar-benar ajaib (ini berasal dari kutipan Cina)


Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam *lihat gambar dibawah

Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya *seperti gambar

Permainan dimulakan , 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan…

Cuba buka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua kita* ibu ayah, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita krn hrs berkeluarga sendiri.

Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami atau isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.

Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang ... terus bersama hingga ke akhir hayat.

Ibu Jari = Ibu Bapa
Jari ke-2 = Adik beradik
Jari ke-3 = Diri kita
Jari ke-4 = Pasangan hidup kita
Jari ke-5 = Anak-anak kita

Kita renung-renungkan lah tanggung-jawab kita bila kita berkahwin nanti.

Friday, July 9, 2010

CaLoN SuaMi

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



~Sayang..it that you??...

Sunday, April 11, 2010

JiKa IaNya CINTA

Jika ianya CINTA … ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ianya CINTA … ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.


Jika ianya CINTA … ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.


Jika ianya CINTA … ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.


Jika ianya CINTA … ia tidak cantik namun sentiasa menarik.


Jika ianya CINTA … ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.


Jika ianya CINTA … ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.


Jika ianya CINTA … ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.


Jika ianya CINTA … ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.


Jika ianya CINTA … ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.


Jika ianya CINTA … ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Friday, December 11, 2009

Surat Cinta Terakhir...

Kehadapan lelaki yang teramat saya cintai,

Saya telah mengembara ke hujung dunia, untuk mencari cinta saya.
Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut.
Demi Allah, saya tak tahu kenapa.
Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak kerana mungkin awak tidak merasakan perasaan yang sama.
Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak.
Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan.
Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak.
Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak.
Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa.
Dewasa menjadi cinta.

Dan saat saya terlalu mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam.
Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, bersama sejuta impian.
Dan saya mula terfikir.
Saya mengembara ke hujung dunia untuk mencari awak.
Rupanya awak ada di sisi saya selama ini.
Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta dan menjadi permaisurinya.
Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu untuk saya selami.
Di sana, saya tak mampu melihat cahaya.
Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tau apa yang sebenarnya awak cari.
Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta.
Dan mungkin awak takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang…

Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak?
Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya?
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Siapa yang mengajar saya erti rindu?

Awak…

Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali.
Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan… Kita hidup sekali, mati sekali, dan mempunyai cinta sejati sekali…

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak.
Jangan pernah menganggap.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…

Awak…

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu.
Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…'

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…'

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’

Semuanya untuk awak.

Tapi sayang, awak tak pernah tahu….

Seseorang pernah berkata -
‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’

Awak…

Dengarlah… Saya mencintai awak.
Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari.
Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar.
Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…

Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…

Awak…

Saya percaya pada Allah yang telah mempertemukan kita.
Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua kejadian pahit dan manis yang saya lalui ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal.
Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya dan sekurang-kurangnya saya faham erti cinta sejati apabila saya mencintai awak...

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Walapun itu bukanlah harapan saya kerana ianya seperti sebuah mimpi yang tak mungkin menjadi kenyataan.
Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Allah. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik buat awak.

Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya.
Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.
Setiap denyutan nadi saya melambang kerinduan saya pada awak.
Terima kasih di atas semua kenangan manis yang telah awak kongsikan bersama saya dahulu.
Walaupun hanya seketika, saya sangat bersyukur kerana awak sudi hadir dalam hidup saya dan menyinarinya...

Awak…

Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak. Saya akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan awak. Semoga awak berbahagia dengan cinta baru awak.'


P/s: Ini adalah some luahan yang aku rembat..tp ianya sama mcm luahan hati ini disuatu ketika dulu..memori lme.. :P

Sunday, August 16, 2009

CINTA & SUKA


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata . Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis . Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira
Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita . Tapi jika kita cuba menutup mata Cinta berbuah menjadi airmata . Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Saturday, July 18, 2009

CINTA...

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya.
Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta adalah buta...cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama 'treasure hunt'. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu....kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari....
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

Thursday, July 9, 2009

Kehilangan

Suatu perkara yang pasti akan terjadi pada semua orang…Sama ada ia benda mahupun seseorang…Pasti ia akan meninggalkan impak yang mendalam kepada diri kita…Lebih2 lagi ia merupakan sesuatu yang kita sayangDan payah untuk mendapatkannya…Ia bagai tiada ganti….Namun…Kita mudah lalai…Senantiasa cuai…Alpa dan mudah leka…Bila benda dihadapan mata…Ia langsung tidak dihargai…Langsung tidak dipeduli..Kewujudannya bagai tiada erti…Ada seperti tiada…
Tiada pun tidak mengapa…

Namun…Bila kita kehilangannya…Kita kan mula mencari..Kita kan mula menyesali…Kita akan mula mencaci diri…Mengapa, mengapa dan mengapa….Sentiasa bermain diminda…Mengapa kita mengendahkannya tika ia di depan mata…Mengapa kita tidak menghargainya ketika ia masih ada…Mengapa ia harus terjadi sebegini…Begitulah manusia…Lupa, leka, alpa dan seangkatan dengannya…Bodoh dalam kepandaian diri…Tidak tahu menilai mana yang berharga…Antara yang disayang ataupun disuka….Kadangkala bermain di minda…Adakah ia suatu ujian dari Yang Maha Esa…Adakah ia suatu dugaan untuk menguji kesabaran kita…Dan jika ya…Mengapa harus melibatkan sesuatu yang kita sayangi??Menangis kini tiada guna dan erti lagi…Biar kehabisan darah atau air mata…Tidak ia akan terganti…Nilainya amat tinggi untuk dimengerti oleh manusia biasa…Yang tiada punya erti mengasihi dan menyayangi…Namun percayalah…Bila ia terjadi…Menyesal pun tiada maknanya…..Maaf bukan penghapus dosa…Maaf bukan segalanya…Tiada erti maaf jika kehilangan yang tersayang…Berpatah kembali pun tidak kemana…Tidak ia muncul semula….

-nobody perfect-


CURI DARI MR.L 

Wednesday, June 10, 2009

Satu kisah Cinta biasa

Cuba kowang hayati Citer ni baik2..
"satu tulang rusuk suami adalah utk isterinya"


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.

Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti."

"Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."

Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.'

Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


'Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.'

'Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.'

'Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.'

'Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.'

'Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.'

'Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.'

'Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.'

'Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.'

'Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.'

'Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.'

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

'Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.'

'Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.'

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

p/s: 10X bc pon aku nagis lg

Wednesday, May 20, 2009

hIdUp InDaH

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.
 

2. RESPECTMemberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal

Tuesday, May 19, 2009

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh cukuplah sekadar KEPERLUANmu
Apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu,
Mengenyangkan,
Berkhasiat, Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU
MENGASIHIMU
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Tuesday, May 5, 2009

Erti Kawan

kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar.. dah dapat sepak.. 

kawan tu bkn mcm main SKATE.
Mula-mula gosok..lepas tu pijak...

kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

kawan tu bknnya mcm PAMPERS..
dah pakai, buang.. 

kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

kawan tu bkn mcm PELANGI..
Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

kawan tu bkn mcm KERETA.
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

kawan tu bkn mcm CHIPSMORE..
kejap ade kejap takde..

kawan tu bkn mcm BANK.
Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik..

lagi.....

kawan tu mcm ape ye????

Haa..kawan tu mcm AWAK LA. .
bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis.
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..
bagi saya, kawan tu penting.

Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)