Posts

Showing posts from July, 2010

Persiapan Terakhir

Image
Sabtu lepas aku & family da kemas umah.. huh penat juga kemas umah beso ni.. sakit pinggang atoi. Hantaran da siap sume. Ouh de sikit lagi nak tampal butterfly huhuhuhu..Beli pewangi dan tambah potpori.. Bangga betul hantaran buat sendiri..yeyh xde r terok mana pon. TQ tu my dayang2 *adik2 Hasilnya..nnt time tunang aku snap. Sekarang? Alah x gempak r. Isnin Malam aku & bakal tuning akan jumpe Jurufoto kami..Caer. Kawan aku juga tu. Same kolej..pilih member lagi senangkan. HanaFarhana as jurusolek sudah aku deal semalam. Ingat nak try make up tapi tak sempat lorh. Tak pe la I trust her.. =). Act aku tak kenal tapi zetty yang rekomen ngeee tq zetty aka cik gaban. This week nnt baru jumpa. Aku da gulap lorh. Sebab turun site r katakan. Muka pon jerawat. Erk..mentel tul. Tapi yang aku seronok berat da kurang cikit r..Bagus seh. Hope Muat r cincin aku nanti *gelak guling2 Invitation pon da wat. Senarai tuk beli or ambil barang2 dan ape yang patut bawa. WAJIB! Sang

Wudhu' zahir dan batin?"

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila mas uk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat * Menyesali dosa yang telah dilakukan * Tidak tergila-gilakan dunia * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') * Tinggalkan sifat berbangga * Tinggalkan sifat khianat dan menipu * Meninggalkan si

Kupu- kupu

Image
Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan

Alalalalala comelnya..

Image
Entry ni xde kne mengena dengan tajuk huhuhu..sebenarnya nk cite pasal bucuk ku.. “Abg ingt nk blnje syg mkn chopstick” - msj dia Uik..bukan ker chopstick benda ni… Jap lagi tu..msj lagi “lupe plak bkn chopstick r tp chikenchop r..pening2..hu2..biase r xreti mkn makann org putih..malunye” Aku da nk guling da..tapi tak baik..cian dia..ololololo..wah da pandai skrg..dulu x ske bnda2 pelik ni.. Aku ikotkan aje.. beria makan huhuhuhu.. Ni ape da pegang pisau mcm pegang pensel..huhuhu Tapi sayangnya aku tak habis..sowi cayang..so sayang habiskan ye..chikenchop pon sayang makan beefstick pon dpt..yummmm..

Mama Papa - Ning Baizura

Image
Adakah mungkin ikan… Lemas di air Adakah mungkin orang… Lemas dek udara Segala yang terlampau, membawa bahaya Serupa jua cinta… pun membunuh Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat Cinta berubah… dan evolusinya Dari asmara jadi rumah tangga Seperti mama dan papa Chorus: Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama Walau terlalu lama Papa bersama Mama Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa Walau selalu Mama marah marahkan Papa …Mama sayangi Papa Mungkin terlalu manis… Menjadi racun Mungkin terlalu pahit… Pun menjadi kacau Hidup perlukan drama, barulah berwarna Kembalikan yang suam… balik hangat Telah kulihat, kuamat, kukenali sangat Cinta berubah… dan evolusinya Dari asmara jadi rumah tangga Seperti mama dan papa Chorus: Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama Walau terlalu lama Papa bersama Mama Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa Walau selalu Mama marah marahkan Papa Bridge: Seringkali alam kenyataan… Pelik dari alam khayalan Seringkali mudah tak hiraukan… Dari mencapai sebuah peng

Zodiak, Warna & Kamu

Image
Aries Warna : Merah Sikap : Agresif, suka bersaing, suka bertindak mengikut hati, berani, bahaya, sukakan cabaran, penuh bertenaga, perasaan sentiasa membara, bodoh, egoistic, tidak memilih, sombong dan bongkak. Taurus Warna : Hijau Sikap : Bangga diri, keras hati, tabah hati, penuh perasaan, setia, ikhlas dan patuh, tamak, Gemini Warna : Kuning Sikap : suka berpasangan, tidak tetap pendirian, pandai, selalu gelisah, cerdik, pandai menyesuaikan diri, tidak fokus. Cancer Warna : coklat Sikap : suka mendidik, bersikap keibuan/kebapaan, cermat dan berjimat, suka berpuak-puak, tradisional, suka ikut mood. Leo Warna : Kuning emas Sikap : Besar hati, murah hati, tidak lokek, dramatic, kreatif, ramah tamah, menghiburkan, suka muhasabah diri. Virgo Warna : Orange Sikap : Suka menolong, effisien, cermat, sabar dan kritikal. Libra Warna : Putih Sikap : Berbakat seni, ramah dan mudah berkawan, harmoni, selalu menjadi tumpuan, selalu bimbang dan ragu-ragu. Scorpio Warna : Hi

Arjuna - Tomok

Image
creadit to google Kabur kabus yang melindung Haluan menuju ke mahligai kalbu Biar samar ku teruskan langkah ku ke depan Seruan disahut Korus Demi nama cinta agung kita Ku juangkan segalanya Tiada yang bisa menghalang kita berdua Keranamu aku sanggup Mempertaruhkan nyawa Asal ditabalkan kasih Arjuna Meskipun duri menyucuk Meninggalkan parut di pelusuk kalbu Pahit pun akan ku telan jua Untuk kemanisannya bila bersama (ulang korus) Ku mahu ku perlu Kasih sayang darimu Hulurkan curahkan Cinta murni hatimu (ulang korus) lyric creadit to lirik lagu muzik

SaYeR LahIr Hari......

Image
hehehe de saper2 1 kapal tak?

AkU Nak CeRita Laju2

~cErItA I~ Tadi de koje r..so ni baru nak on..ngeh3 Sepertimana yang di ketahui.. Kawan CumeL aku da berangkat ke InDon Isnin hari tu (last week).. Erk macam-macam yang da berlaku.. *macam 1 tragedi lak cis 1.Dia x dapat nak call n msg guna maxis..sangat sedeyh..huhuhuhu..so aku try jadi maxis center tuk dia.. 2.Aku de tengok 1 baju jubah yang macam blouse..aku pon cakap r kat dia..kan besh aku dapat beli baju ni..TAPI dia da beli!!!!!! KO WAT AKU MARAH KO TAU X!! *kunon r..terpaksa pasrah sbb xde sen,dollar,rupiah da aku ni.. 3.Cian dia sampai ternanes..opsss sebab x dapat beli souvenir..sabar ye kawan. Ah aku x kire suh pakcik ko bawa balik kat kedai tu. *pesal aku lak emo..dush! atoi 4.Sepanjang dia kat sane aku kena buka kedai top up. Sebab dia bergayut x ingat dengan orang Malaysia *tu r aku kata jangan g berlagak nak g 5.Tu je r kot hahahhahaah mati dia bunuh aku nnt ni…. “Weh ko de jumpa Dimas x? huhuhu” wink2..cumelnya dia nak pelok3 dia... Ha tu kawan2 len yang

Eyewwwwwwww

Image
huh umah sape neyh? macam tongkang pecah je... ishk... hamek ni... but.. when finally.. yeyh.. our family's house..ok x? masa ni belum siap kabinet atas lagi..nanti aku rajin aku snap lagi yang fully..

I'm so sick when He Left Me..

Image
creadit to google =) thanks for everything.. thanks for being 1 of mylife.. gud luck for ur life.. congrat for ur becoming engagement n wedding god bless u..amin.. broken2..hancus bahasa..huhuhuhu layan kan ajer..ngeh3

PeLoK2 CiUm2

Image
1stly let say hi to kakak degree.. "HI KAKAK DEGREE.." Salam.. Pelok2 cium2.. Wah da lame tak jumpa korang.. Rindu.. Korang da sambung degree da.. Aku?? Nanti r..aku bakal menyusul.. Thankz coz jalan-jalan dengan aku.. .us. (kiri..aku, mak, jannah , ecah) amboi mak dgn ecah..bukan men lagi eceh-ceh..bakal pengantin..amin..thn dpn ye kwn2 ingat tu.. Ni yang jalan-jalan dengan aku.. Yang lepas balik dari jalan-jalan, Aku ikot mak nek hostel.. What! Level 4? PENAT!!!!! Nek juga..mengapai puncak..hua hua hua Jumpa yang lain-lain pelok2 cium2 lg.. Aku les?? Erk..gile pe? Ni adat r..ishk..aku normal k.. LOVE U…………….. MISS U……………..

warna dan sifatnya

Image
Emas Positif: Banyak ilmu dan gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar dan bijaksana serta suka menolong. Negatif: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup. Putih Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal. Negatif: Boros berbelanja Kuning Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan. Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah. Merah Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuk

Alhamdulillah..Selesai Juga

Image
Setelah beberapa lame menanti..hamek.. HUHUHUHU Akhirnya aku bakal konvo juga. Da boleh tarik nafas separuh lega .. Lorh separuh jer? Nape x lega lagi? Sebab aku bakal konvo .. Bukan da konvo..ngeh3.. Nak tunggu update pon nak nangis aku.. Takot juga de aper2 yang sangkot. Tapi..da Ok da.. Tengok Neyh…

HapPy BeLaTed Bezday

Image
Happy belated birthday to Nurliana *itu kawan saye dari darjah 4 huhuhuhu picth dia saya rembat bari facebook beliau hahahah..yang ats sekali picthnya.. (jarah marh ye sebab aku suda potong ini picth) Happy belated birthday also to Aledza *itu adik saye..ngeh3. Yang pakai baju kaler pink..simple je orgnya psst: yang pakai bj hijau tu menyibuk jer..hahahahhahaha Sebenarnya da lame nak masukkan..lupe r plak..Nway aku doakan korang berdua bahagia..amin.. date of bezday: 13 July