Friday, December 16, 2016

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Assalamulaikum..
Lama bebeno tak bersiaran
Macam takde cerita nak share
Dulu rajin menulis. Now, nak buka laptop pon tak sempat camno?
wuwuwuw

2016 pon bakal melabuhkan tirai
Ape perkembangan?
macam biasalah aku semakin berKEMBANG
pergh ni kalau tahun depan pon sama,
jadi MANGKUK lah gamaknyakan

layann, layan juga KEMBANG ni.. tapi, haaaa badan makin tak sihat
maka berhati-hatilah ye AREGYA.

Ok now boleh masuk cerita.
Alhamdulillah start Oktober 2015 aku di sahkan hamil (skema ayat hahahaha)
anak ketiga. macam takut + yakin tak yakin je.
Mana taknya sebelum ni aku cser kot.
Ngilu dalam perut masih terasa.
Memang aku tak kuat..dengan suami yang belajar lagi.
Ariana baby lagi pada aku. Naik turun tangga pon berdukung.

Serius aku nak buang. Tapi kalau dah rezeki, dia tetap akan stay.
Aku terima juga. Gigih.
Ariana paling awal berhenti menyusu badan. sedih.
Salah 1 sebabnya Ariana kuat makan. so susu ni jarang sangat.

Sejak mengandung badan aku angin je.
Sampai menyusu pon turun pada Ariana.
Lame-lame aku jarakan masa bagi susu, susu kering dan bermulalah episod
Ariana & botol susu. Ariana lebih mudah terima botol.
Tak macam kakak dia Alya. 3 tahun pon masih kongsi susu badan Ayak!

Monday, November 30, 2015

U-mobile Pakej RM28

Assalamulaikum..

Haaa aku kembali bersiaran setelah malas menaip. Hehehe

Siapa sini pakai line U-mobile? ☝
Ade?
Aku just nak bagitahu dalam banyak² telco, aku rasa ni lah yang paling murah..

Pakej RM28
3g internet
50 minit call
300 sms

Aku rasa lah..
Tapi, tapi, tapi Line dia menangis sikitlah kalau luar KL. Contoh aku pernah balik Pahang-Merapoh. Memang melalaklah aku. WhatsApp pon tak mau masuk ma.. memandangkan aku ni part-time bisnes online, bile dah balik kampung tu dok lah diam² tiada sebarang aktiviti yang memerlukan handphone digunakan.

Bukan Merapoh je yang takde line. Line aku maksudkan ialah line internet ye kawan². Esoknya aku berjalan ke Gua Musang PON kong! Tinggal harapan je lah nak tengok handphone masa tu.

Ade lagi sedih. Time Raya Haji, huh setelah sekian lamanya aku tak balik Kelantan, akhirnya setelah anak dua aku sampai juga. Haaaaaa Tanah Merah PON TAK DE LINE beb! Kena bantai gelaklah aku dengan adik aku yang pakai Digi. Sob sob sob sob..

Apa boleh buat. Hadap ajo.

Dalam tak best, ade juga bestkan. Best sebab bagi aku internet 3g cukup banyak sampai kengkadang aku tak dan habis. Mana tak nya, aku kat rumah buka  wifi. Bila keluar je pakai data. Bape kali sangatlah aku keluar rumahkan. Lepas ni siapa jumpa aku, boleh hotspot ek. Free. Hahahahaha. Kalau ade line la.

Part call memang selalu terbabas. Aku rasa, aku ni jarang nak call orang. Tah le. Tapi selalu terbabas call. Elok² bil kena RM30 lebih + GST. Tapi kena bayar Sampai RM40 belum masuk GST. Ermmm

SMS.. lagi lah tak pernah habis. Zaman internet berkuasa ni mana orang lain SMS beb. Ade pon kalau nak langgan something. Nak Vote peserta ke kan. Berurus niaga online semua whatsApp. SMS, Call tak dilayan. Pernah dulu handphone aku rosak, so pakailah handphone nokia biase tu. Kunun nak beli jam tangan online. Aku SMS, tak balas beb. Bukan sekali, berkali aku tanya rege haram tak di jawabnya.

Nasib aku tak macam tu. Huhuhu

Itulah cerita aku dihujung November ni. Nanti ade rasa nak bebel, aku bebel lagi. Lama dah tak buka diary online ni. 😁

Thursday, August 13, 2015

Today is Thursday

1st time setelah sekian lama, aku try update blog guna android.. ewah hahahah. Tah ape ghupe le yang keluar ek?

Dah sebulan baru nak update balik. Sebenarnya nak kata tak de cerita, tak juga, nak kata ade cerita besh pon tak juga. Tapi adelah ceritakan..

Bak kate blogger femos emos Incik Ben,


Sentap gak kan.. ha, dah beria buat dulu sekarang abaikan pulak. Macam habis madu sepah dibuang ewah! Hahaha beria lah si Aregya ni.

Tak pe aku cuba slow². Yakin boleh! Semangat!

Oh lupe.. selamat hari raya semua. Raya lagi kan hehehe