Aku BakaL Mrs Mus =)

Salam..
Last2 minute aku baru nak buka ceritakan..
Tak pe nanti orang cakap Over sangat pulak cite awl2

Before aku jadi Mrs Mus aku coret la sesikit pasal step2 aku huhuhu (aper aku merepek ni??)

Dari tarikh bertunang sampai nak ke nikah masa sangat la singkat.

Aku tunang bulan 7 then nikah bulan 12.. 4 bulan je. Orang sekurang-kurangnya 6-7 bulan..
Ishk! Kawan aku yang bertunang awal dari aku pon nikah thn dpn..waaaa

Nak tak nak kne kejar masa r.

Benda yang mula2 aku buat beli hantaran untuk aku & en tunang.
Totally kami habis RM2K++ Skali dengan hiasan..Hantaran kami 7 balas 9.

Aku beruntung sebab beli time sale rayekiranya time puasa aku setel & barang2 ni.
Cume benda mcm kek & coklat aku belum beli lagi tapi aku da budget skali dlm 2K++ tu untuk kedua –dua pihak.

Nextnya..Aku setelkan kad kawen. Aku agk kad kan siap dlm hujung bulan Oktober..tp sebab xbnyk songeh, Alhamdulillah…kad aku siap hujung bulan 9..aku bli yg murah je..hehehe..1000 keping RM400++ ok x?

Kad aku bagi/send berperingkat2.
Ade tu aku hntr time aku g jln2 ade tu time aku konvo..wah mcm posmen da aku time tu..hahaha.
Lastly aku msg semua kwn2 aku yang terdekat berkumpul n masa tu aku bg..ms ni r blh jumpa kwn2..=) sweetkan.. jumpa kat mapley je huhuhu

Oh ya..aku kawen dalam dewan..beberapa hari sebelum puasa, mama & abah dah survey harga dewan. Kat tempat aku ade 2 je dewan.
Aku nak dewan yang lagi 1 tu tapi Harga 1 hr RM1800 blm masuk kerusi meja blh guna start jam 11:00pagi – 5:00 ptg je..Mahal!
Then abah mam tnya dewan 1 lagi ni. Aku dpt RM1300 termasuk kerusi meja siap hias untuk dua hari. Start guna dr 8:00pagi – 12 tgh mlm. Baguskan?

Mama abah teros book untuk aku. Tarikh yang dirancg memang xde orang hehehe..rezeki namanya. Siap book rumah singgah..RM150 3 hari.. Masa ni juga mama abah jumpa ustaz tnya psal tempat akad nikah.

Seingat aku 2 hari sebelum puase aku & En Tunang merayau cr mak andam..mane r mak andam ni?? Aku kawen dalam dewan..paling sikit pon RM2K – RM2800 punya. Kami sependapat xnk wat tukar2 baju salah satu sebab nak save & tak mau penat..siyes..ingat men tukar2 baju ni x penat ke? Penat oooo
Servey2..akhirnya aku pilih bekas mak andam MRs Donat..huhuhu. Agak2 pakej aku dpt berapa? Haaaaaa caye x caye aku dpt kurang dari RM1500. 2 Kali make up. Melompat aku. Thanks ye abg..

Makan? Haa..aku guna khidmat catering yang same dengan masa aku bertunang..mak cik tu da kite org book tinggal nak bgt balik je makan tuk berapa orang.

Ape lagi ek? Jurugambar pon masa tunang juga aku book..huhuhu..done! da setel 50% payment.

Baju 2 pasang aku tempah. Baju nikah & bertandang. Total RM320 tuk 2 helai.

Barang2 yang kat nilai..macam..
Dulang hantaran
Paper beg
Bunga telur
Bunga mangga

N give2.

Done..

Kami (aku & EnTunang) da x perlu g kursus. Sebab masing2 da amek awl tuk persediaan.

EnTunang buat kerja mmg laju. X macam aku slowmo kit..hahahahah b4 raye dia da setelkan

- Ujian pra-perkahwinan (buat kat klinik kesihatan kerajaan)
- Borang kebenaran berkahwin luar Selangor (sbb dia dok selangor n nikah KL)
- Permohonan berkahwin
- Surat pengesahan bujang (lelaki sahaja tau)
- Surat pengesahan bermastautin (sebab dia bukan dari KL)

Siap di isi skali dengan

- Salinan IC (pemohon)
- Salinan IC (dua saksi)
- Sijil kursus kahwin (asal & Salinan)


Manakala after cuti raya aku pula amek port..p jumpa ustaz & setelkan..

- Borang permohonan berkahwin (2 salinan)
- Ujian pra-perkahwinan (buat kat klinik kesihatan kerajaan)

Siap skali dengan

- Salinan IC (pemohon)
- Salinan IC (wali)
- Salinan Surat nikah ibu bapa (untuk anak perempuan sulung sahaja mcm aku)
- Sijil kursus kahwin (asal & Salinan)

Hujung bulan 10 fitting baju. Cantik lorh bj tu..aku x pnh pakai macam tu. Aku puji Andaman ni sbb dia sediakan baju tuk orang bertudung. Aku slalu tgk org yang bertudung pkai baju lengan tutup bdan tutup tapi bahagian bahu sampai atas dada tutup dgn tudung je..mcm mne tu?? Kalau gerak cikit da nampak ketiak n tali bra..ishk..tapi nasib r baju aku x mcm tu..syukur..yup aku x bgus sgt..tp bg aku klu nk buka, biar buka teros..huhuhu.

Bilik?
Aku bli cadar n langsir baru..xde benda da..

Tema??
Jangan ditnya sbb...
ianya Warna-warni..huhuhu sume aku punya kerja..
Kad warna len
Baju len
Bilik len..

hahahahahah

skrg totally da byr 50%

hari ni aku br start nk gubah *gubah ke??hahahah
hantaran..

xblh buat awal nnt adik2 berbulu tu kacau..*meow...meow..hahahaha


aper2 pon doa kn kami n semoga majlis berjalan dengan lancar =)

tggu next episod..tu pon klu x bz..huhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..