Kereta Town..|auto =)

Hye semua..

Siapa pernah bawa kereta angkat tangan…
Mesti la ramai..tapi yang naik shj lagi ramai..he2.

Korang mesti tau kan ada 2 jenis transmisi kereta
1 kereta manual, yang ke 2 kereta automatic @ kereta town.

Ok, hari ni aku nak ajar korang cara drive menggunakan kereta town ni..huhuhu

Kenapa kereta town? Entah aku pon tak tau. Mungkin sebab kereta ni sesuai untuk kawasan Bandar yang bz.*agaknya la..he2

Bawa kereta Auto sangat mudah. Sebab tak payah tukar clash & gear macam kereta manual.

Walaupon senang, ada juga yang takot nak bawa kereta auto ni..huhuhu

Selalunya gear pada kereta auto macam ni





Lainkan dari kereta manual?

Ade lagi yang lain.. kereta auto Cuma ade 2 padal kaki..iaitu break & minyak

ini rajah gambaran pedal kereta manual..


ini rajah gambaran pedal kereta Auto..


Pada dashboard meter tercatat symbol2 huruf & no2 pada gear
P (parking)
R (reverse)
N (natural / free gear)
D (drive)
2 (speed/gear 2)
L (low /gear 1)


Penerangan Gear.


P Biasanya di gunakan semasa kereta dalam keadaan parking. Samada parking biasa, mahupun parking berbukit.
R kegunaanya sama seperti R pada kereta manual..iaitu untuk reverse (mengundur)
N natural atau kata lain free gear.
D drive
2 & 1 selalunya gear ni diguna untuk speed, atau di kawasan berbukit.

Ada juga kereta auto susunan gear yang berbeza macam ni ..



Ape2 pon fungsi tetap same. Cuma ada tambahan gear sahaja.

Kalau diperhatikan, sesetengah kereta automatik, mempunyai butang kecil di gear *cecari..huhu
Itu dikenali sebagai O/D button. Tu nick namenya..kalau full namenya OverDrive Button =D
Kalau x silap aku la..O/D button ni biasenya da pada kereta auto yang hanya mempunyai gear simple macam gambar pertama.


O/D button? Info from CucuTokWan


Butang tu, bila kita start enjin kereta, kereta anda biasanya akan dalam keadaan overdrive ON, bila anda tekan butang tu, ia akan OFF fungsi overdrive kereta anda.


Gambar di atas menunjukkan keadaan meter dashboard semasa fungsi overdrive sedang ON.


Gambar diatas pula menunjukkan keadaan meter dashboard semasa fungsi overdrive sedang OFF.

Overdrive sebenarnya buleh dibayangkan sebagai kereta anda sedang hidup dengan 4 gear.

Kalau sesiapa yang pernah bawak kereta manual, mesti tahu kereta manual ada 5 gear kan? Gear yang paling tinggi adalah gear 5 (ada yang hanya mempunyai 4 gear). tapi itu untuk kereta manual.

Untuk kereta automatic pula, kebiasaannya gear yang paling tinggi adalah gear 4! Dan gear 4 itu buleh kita anggap sebagai overdrive ON. Bila kita OFF overdrive, bersamaan gear 4 telah dimatikan, dan kita telah turun ke gear 3. Sebab tu bila kita OFF overdrive, meter RPM kita akan naik tinggi. Sama la jugak kalau kereta manual, kita turunkan gear semasa bergerak, meter RPM pun akan naik tinggi. So dah buleh bayangkan camne overdrive bertindak?

Itu cuma anggapan je la, lebih senang faham fungsi overdrive bila kita anggap begitu. Tapi yang sebenarnya adalah begini......

Gear automatic sebenarnya hanya mempunyai 3 gear!! Maka dengan 3 gear sahaja, apabila anda memecut dengan kelajuan 100kmh kat highway, meter RPM anda akan mengaum.
Kalau bawak manual pun, gear 3 ini kita bawak masa 40kmh ke 55kmh je, bila dah masuk 60kmh, kita pun tukar ke gear 4 kan?

Tapi untuk kereta auto, bila dah 60kmh, tak ada gear yang lagi tinggi selain gear 3, maka overdrive akan mengambil alih tugas dengan menyalurkan gear tambahan di transmisi anda sebagai gear ke-4.

Selain itu, overdrive akan memastikan yang pusingan ratio kereta anda berlainan. Pusingan tayar akan lebih daripada pusingan drivesyaft supaya enjin tidak perlu bekerja keras untuk memusingkan tayar, sebab itu ketika ini meter RPM akan jatuh. Tetapi, kelemahan pada overdrive yang ON ini adalah, torque yang dihasilkan akan rendah. Ibaratkan kita cuba mula pecut dengan gear 5 semasa memandu kereta manual. sudah pasti sukar untuk memotong kenderaan lain.

Minyak kereta dan torque adalah perkara penting mengenai overdrive ini. Kereta auto yang mempunyai fungsi overdrive sudah pasti menggunakan minyak yang kurang daripada kereta auto yang tiada fungsi overdrive. Sebab itu, kalau anda menggunakan wira auto 1.5, anda akan dapati ia menggunakan minyak sama banyak seperti kereta sedan 2.0 yang ada fungsi overdrive.


Apa kelebihan overdrive?

1. Keadaan ON: Menjimatkan minyak. Semasa bergerak di lebuhraya, momentum kelajuan sudah cukup untuk maintain kelajuan kereta anda. Apabila overdrive ini dalam keadaan ON dan bertindak, ia akan meletakkan transmisi dalam gear tambahan dan ini akan merendahkan pusingan enjin anda dengan mengurangkan pusingan ratio enjin dan drivesyaft. Maka enjin tidak perlu bekerja keras dan ini sudah pasti menjimatkan minyak kereta.

2. Keadaan OFF: Semasa anda menuruni bukit, overdrive yang ON akan membuatkan transmisi anda bergerak lancar tanpa sebarang halangan. Ini akan menyebabkan kereta anda bergerak bertambah laju semasa menuruni bukit. Sekiranya overdrive ini OFF, pergerakkan akan menjadi perlahan disebabkan gear yang rendah digunakan, dan ini akan membantu anda mengawal pergerakkan kereta anda dengan lebih selamat.

3. Keadaan OFF: Memberi lebih torque kepada kereta anda. Semasa kita hendak memotong kereta lain ataupun semasa menaiki bukit, Overdrive yang OFF akan memberi kita lebih kuasa torque untuk menggerakkan kereta. Ini kerana, semasa overdrive ON, torque menjadi rendah akibat daripada gear tambahan yang digunakan. Maka apabila anda ingin pecutan lebih, OFF kan overdrive anda. Namun sebaliknya kereta anda akan makan minyak lebih sikit ler..

Maka, daripada kelebihan dan kelemahan fungsi overdrive diatas, dapatlah kita agak bila nak ON overdrive dan bila nak OFF overdrive.

Kata CucuTokWan “Pada pendapat saya dan cara memandu saya sendiri, saya akan sentiasa OFF overdrive semasa saya memandu semasa menaiki dan menuruni bukit dan juga ketika hendak memotong kenderaan lain. Selebihnya saya akan membiarkan kereta saya dalam keadaan overdrive ON. Sebenarnya ada juga orang yang akan OFF overdrive semasa kesesakkan jalanraya dan memandu dibawah 50kmh. Itu semua terpulang kepada cara pemanduan masing-masing. Mana kaedah yang dirasakan akan menjimatkan minyak kenderaan anda, buleh anda lakukan.”

Haaaaa same with me =)

Ok hope korang faham ye..
tq to CucuTokWan


Oh ye sebelum aku mengakhiri entry ni..
Ade beberapa info untuk yang mengunakan town car ni.

Jika gear di tolak pada kedudukan D kereta akan bergerak sendiri tanpa menekan minyak. Tapi pergerakannya perlahan la.. Keadaan ini berlaku ketika kereta berada di kawasan yang rata. Means kalau kat bukit korang kena tekan minyak baru kereta bergerak..kalau tak macam tu je la or kereta akan mengundur..huhuhuhu
Ingat! Gear revers kereta auto berada di kedudukan hadapan..Jangan salah pulak!
Bila dah start kereta terus je masuk gear drive @ D..means gear tertinggi kereta. Ikot kereta ade yang tanda D, ada D3 ada la yg D4..ikot la asal yang tertinggi.
Sebelum masuk gear pastikan korang tekan break..hold..then masuk gear..baru lepaskan break slow2. Tekan minyak dan kawal pemanduan..
Handbreak jangan lupa turunkan.
Tau tak korang..kereta auto ni. Boleh bergerak tanpa menurunkan handbreak? Ya! Memang betul. Tapi rosak la breakpad!
Korang boleh tukar gear dari “D” ke “3″, “2″, or “L” utk mengawal kelajuan ( tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintas dan hujan.


Ok kesimpulan step memulakan pemanduan dengan kereta auto..
1. Start enjen
2. Tekan break.. hold
3. Masuk gear D (gear tertinggi)
4. lepaskan break slow2
5. Tekan minyak dan kawan pemanduan

berhati-hati di jalan raya ye...

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..