Aku Hari tu, kini & akan datang

Hye semua.

Sihat? Harap semua sihat..tak kira la sihat or “sihat” = tumbam. Kira sihat juga la kan..hahahahhaha

Oh ya SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita.
Samada korang Pelajar, Pekerja, Ibu, Nenek..kamu tetap yang terhebat =D..
termasuk aku..hehehe


Wahai wanita
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

copy from Here



2 entry lepas banyak share some tips right? Dan ade sikit renungan..
Kali ni aku nak cerita pasal aku lak.

Aku hari tu..
Hari tu (22 March 2011) sorang2 kat ofc. sorang means, bukan aku seketul kat ofc..tapi aku dh tak g kerja dengan Syamin. cz dia da berhenti.. sob sob sob T_T
kebetulan aku mmg xde kerja that time..aku pong tgk pic2 kami..waaaaa lagi sedeh beb!
seminggu sebelum dia berhenti sempat p mam sesame..lps ni sape la nak teman aku..*cerita mcm da tak boleh jumpe je kan..hahahahah..
tapi siyes sedey laaa..


Sehari lepas Syamin berhenti..
Yana datang ofc aku..wahhh

Yana?

Siapa Yana?
Dia merupakan teman sejak aku darjah 4. Sehingga la sekarang. Waktu sekolah kami macam belangkas..
HOBI kami, suka bercakap sampai kena marah dengan cikgu.huhuhu..

1 hari ade hari 3 penjuru..pernah dengar tak??..alah hari ambil rekod kemajuan tu..masa tu lah cikgu akan cerita pasal anak2 kepada ibu bapa..*habis la!!!

Aku tak ingat mak sape yang datang dulu.. tapi yang pasti cikgu cakap macam ni..

“Azira & Liana ni..bercakap je..tengah buat kerja pon bercakap je..suruh menyalin da la lambat..lengahkan bercakap banyak!”

Balik rumah..2-2 kena marah..

Kenangan yang tak boleh lupa..masa naik mountain bike..

G mane2 aku la kena bawa dia. Sebab aku lagi besar dari dia..
Dulukan style..kalau naik berdua, sorang kayuh, sorang pegang handle.. camtu la kiteorang

1 hari tu hujan..lebat juga la..tak pe kami harung juga..baru balik dari kelas tambahan ni..

Aku tukang bawa mesti la duduk kat sit yang di sediakan.. dia duduk kat palang bahagian depan basikal.

Yela..Mountain bike bukan macam basikal rally yang ade tempat duduk belakang..
Kami kalau da jumpa ade je cerita..aduh pening..

Atas basikal ni, dah la hujan..sambil mengayuh mulut macam bertih jagung..ade je cerita..

Cerita punya cerita..
Aku pelik..nape Yana diam je..slalunya dia mesti respon aku..ishk budak ni!

Sekejap tu..

“oit zyra!”

“ha?”

Aku berhenti kayuh..toleh belakang..

Bingung

“oit! Camne ko kat situ??”

Hahahahahahahhahaha..siot gelak dulu ni..then baru kayuh g kat Yana..
Lebih kurang 100 meter gak aku tinggalkan dia.

Sampai kat Yana..aku ingat dia nak marah tapi dengan dia, dia skali bantai gelak.

Dia pon tak sedar bile kale dia jatuh..

“Bile kale aku jatuh ni? Patut aku pelik..asal ko diam je? Lepas tu aku pelik asal aku rasa punggung aku basah? Rupanya aku da atas jalan..hahahahahahha”

Punya la dasat penangan kite orang bercakap..ape jadi pon tak sedar..
Sudahnya ashik gelak sampai aku tak terlarat nak kayuh basikal..

Tapi sekarang kami da beso..eh..da tuo..ngahhahahah


Setelah beberapa thn ni kali pertama makan sesame
Snap pic sesame
Terharu..
Padahal dok perumahan yang same..
Biase la bile masing2 da ade haluan masing2.. =)

Say KEYJU…huhuhu

1st time bersama

kawan aku da jadi macam ni..

aku still mcm ni =)

teropong yana dari kereta aku..time ni kami balik sesame =)


seminggu lepas aku jumpa Liana..Aku, Hubby, Abah & Mama balik Kelantan
ni 1st time aku balik lepas aku kahwen
lame betul da tak balik.
semuanya lain.
Kalau tak silap aku dah 4thn tak balik.
Nenek pon dah tak de..
Sepupu aku pon da kerja & da berfamily kat KL.
Yang tinggal nenek2 dan makcik2.

kami singgah kat rumah mak mertua aku..*my hubby hometown
well..umah mak mertua aku da nak masuk sempadan Kelantan.
hehehehe beshkan..dapat balik 2 rumah sekali gus.

Kat kampung paling besh hubby aku la..g jalan2 kat umah sedara ashik dapat kain pelekat je..
mama kata "lps ni g keje pkai kain je" hahahahahha.
Tapi kain pelekat tu lawa2 la..aku sempat amek 1 nak wat kain baju kurung..thanks sayang

Pagi sebelum balik KL, g pejabat tanah dulu.
Sempat snap pic..huhuhu


tu cerita Aku hari tu.., Aku hari..
Hari ni, aku rasa malas je, semuanya..ehmmm
sebabnya kaki aku sakit, ape tah yang kat lutut tu doc cakap lari..aku bergerak terhencut2 lagi macam aku di 2 thn lepas. Rasa nak menangis.
Biasa la, kita da selalu bergerak laju..skali Tuhan tarik nikmat berjalan tu..huh!

Bercerita pasal ofc tempat aku kerja. Ofc ni da nak tutup dan akan kembali ke Seremban. Bos minta aku ke sana.. Masalahnya boleh ke aku claim perjalanan aku?? huhuhu mst bnyakkan.. takkan bos nk bg aku 2K++ sedangkan aku hanya Diploma..Tak mau aku p Seremban..Lame nnt aku tinggalkan hubby.. balik da penat. Aku bukan bujang lagi.


& Aku di masa akan datang..
Aku mungkin da ada kerja baru, tempat baru, tapi kerja ape??
Akan datang aku akan pergi 2 majlis perkhawinan kawan aku..salah 1 darinya bertema Bolly..ewah..
Mungkin aku akan jumpa ramai orang..sebab aku nak g tengok belon panas..

sebelum tahun depan aku mahu beli


mungkin g honeymoon kali kedua =D

semuanya mungkin dengan kehendakNYA =)

picture nanti aku update ye..huhuhu malas lagi nak edit.

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..