Dia seorang ayah..LOVE U ABAH!

Hye semua..
sila baca ni..

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..

Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..

Tiap tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yang letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian?


Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak
"sudah diberitahu! jgn minum ais!".
Tapi tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..

Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?
Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaan nya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. tanpa menolak, beliau memenuhinya..


Saat kamu berjaya..Ayah adalah org pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..
Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..
Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya..


Dan akhirnya..

Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..

Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk..

Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


By: Ismi Nur Alwanis Rozi



sangatlah terharu..
tiba-tiba rasa nak peluk abah aku. walaupun semalam baru je jumpa.
tiba-tiba keybord aku ade titisan jernih..

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..