Sifat dalam darah ( A & B )

Source: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Hye semua..
Hari ni kite berkongsi tentang sifat dalam darah..
Secara basicnya, mesti korang dah tau pasal ni..
tak ingat?
Jom refresh..



Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.

Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.

Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.

Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.


Golongan darah ternyata menentukan cara orang berpikir, berucap dan bertindak. Hal ini terutama diyakini oleh orang-orang Jepun secara lebih terperinci. Praktik pemilihan golongan darah ini dilakukan oleh mereka pada saat akan merekrut tenaga kerja untuk menentukan golongan profesional.

Untuk jenis posisi tertentu, jenis golongan darah yang diperlukan akan berbeza dengan untuk posisi lainnya. Kerana menurut keyakinan orang Jepun, tidak semua golongan darah dapat bekerja sama baiknya di semua posisi. Furukawa Takeji yang pertama kali meneliti dan menyatakan bahwa golongan darah seseorang akan mempengaruhi keperibadian dan karakter orang tersebut secara langsung .


DARAH A

Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.

Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah A

  • Jangan mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat konfrontasi dengan lawan bicara.
  • Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka.
  • Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah.
  • Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan.
  • Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya.
  • Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.


DARAH B

Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.

Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.

Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah B

Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.

Untuk lebih jelas, gaya komunikasi dengan orang bergolongan darah B berikut dapat dijadikan pedoman:

  • Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur.
  • Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya.
  • Gunakan data-data tepat, bukan rekaan.
  • Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia.
  • Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial.
  • Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.

Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik daripada perasaannya.


bersambung di entry yang baru..hehehehee
tunggu ye =)

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..