Barang-barang baby..

Jumpa juga yang simple..
pernah cari dulu..macam banyak sangat2.

ni aku copy paste dari nonaku



Pakaian
  • baju lengan pendek/panjang (4 ke 5 helai, saiz biasanya 12 untuk newborn atau 14 untuk bayi yang agak besar)
  • seluar pendek/panjang (4 ke 5 helai)
  • sarung tangan & kaki
  • topi (bergantung pada keperluan)
  • lampin kain/lampin pakai buang
  • selimut (Sama ada dengan tutup kepala atau tidak, boleh digunakan untuk membedung bayi ketika membawa ia keluar.)
  • barut bayi (bergantung pada keperluan/budaya untuk elak kembung perut)
  • tuala mandi bayi
  • almari/bakul pakaian
  • sapu tangan/tisu
  • tikar getah bayi (dapat elak tilam basah/kotor jika tiba-tiba bayi kencing/berak ketika menukar lampin.)
  • beg bayi
  • kain bedung (gunakannya semasa tidurkan bayi, bayi tidur lena tidak terkejut-terkejut. Biasanya guna sehingga sebulan sahaja, bila bayi mula rimas saya tidak gunakan lagi)
Mandian
  • sabun bayi
  • bedak bayi (jika perlu cari jenis bukan talkum.)
  • losyen bayi
  • syampu bayi
  • besen mandi bayi
  • putik kapas
  • bakul alatan mandian
  • pengalas mandian tidak licin (sesuai jika anda risau bayi tergelincir ketika mandi atau anda takut memandikan bayi)
  • termometer mandian ( sebenarnya boleh cuba dengan memasukkan tangan anda dulu ke dalam air untuk memastikan air sesuai untuk bayi)
  • sikat/berus rambut
Penyusuan
  • botol susu
  • puting
  • berus botol susu
  • bekas simpan botol susu (warmer)
  • sterilizer (atau boleh rebus air. Tutup api apabila mendidih dan rendam botol dan puting.)
Tidur
  • bantal, bantal peluk dan tilam (Ada pelbagai jenis termasuk untuk bayi yang mengalami alahan
  • sarung bantal dan tilam
  • katil bayi samada jenis kayu atau playen (Jika anda merancang bayi anda tidur di katil anda, tidak perlu katil bayi )
Berjalan-jalan
  • baby car seat (Jika anda lebih memegangnya, tidak perlu membelinya. Anda perlu ajarnya dari awal, kerana jika selepas 3 ke 4 bulan baru ajar, dia tidak akan duduk di kerusinya. Namun untuk ibu/bapa bekerja yang perlu menghantar bayi sendirian, ini satu keperluan)
  • stroller/pram/buggy (Mudah, anda tidak perlu mendukung bayi sepanjang masa dan berguna sehingga anak berusia 3 ke 4 tahun.Jika rancang guna sehingga anak besar, cari yang sesuai untuk digunakan untuk kanak-kanak. Jika tidak anda terpaksa beli lain.)
Lain-lain (ikut keperluan)
  • minyak kembung perut
  • tisu lembap (banyak gunakannya terutama jika kita bersendirian tanpa orang menjaga kita)
  • pemotong kuku
  • pembersih hidung (Berguna pada saya bila bayi saya berhingus, belajar cara betul. Jika tidak pandai guna hingus/kotoran tidak boleh keluar)

harap ianya berguna buat mom to be yang lain =D

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..