Berbicara sendiri

Selamat pagi =)



Hanya sekadar bicara dari hati
Seandainya kita berfikir jika kita membantu, kita akan dibantu, walaupun bukan daripada orang yang sama namun akan ada yang akan membantu.

Tapi sebenarnya kita silap!

Dan kita silap juga kalau kita kata “ehmm beria aku tolong orang dulu, tapi tak ade siapa pon nak tolong aku sekarang”

Seandainya kita membantu, bantulah dengan ikhlas, redha dengan apa yang kita lakukan. Insyaallah sesusah manapun kita ALLAH akan membantu. Mungkin kita minta sekarang takkan terus menerus jadi, mungkin takkan jadi, kerana DIA maha mengetahui segalanya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.

*Agak malu aku minta pertolongan dari orang yang sama jika pada pertolongan pertama dia berkata TIDAK & yang seterusnya juga TIDAK =)


Bila aku berstatus isteri, jangan harapkan layan aku seperti dulu. Namun, aku masih orang yang sama. Tidak berubah sama sekali. Cuma mungkin kerana status, tanggungjawab aku mungkin berubah posisi. Jangan kerana ini, aku dianggap lupa jasa & bakti, lupa kawan tak kenang budi & pinggirkan aku seorang diri. aku masih sama tapi mungkin kalian tak mengerti.


Hari-hari bangun pagi,
Tapi hari ini bangun dah tak tidur lagi,
Pagi ini buat breakfast sendiri,
Harap kenyang sampai tengah hari.
Baby suka,
Tendang-tentang dalam uri,
ibu senang hati kerana baby ceria hari ni.
Jangan terasa atau makan hati
Sekadar luahan bukan membenci =)



p/s: di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam takziah kepada isteri & keluarga Pian (kawan sesama ILP bukit katil dulu) kerana pemergianya buat selama-lamanya. Pian yang baru bernikah pada February yang lalu, dikatakan lemas di Langkawi semasa bersama-sama isterinya berbulan madu. Ya ALLAH, aku tak dapat bayangkan perkara sebegini. Harap wife dia kuat. Ini bahagian masing-masing yang dah ditentukan olehNYA. Kita tak tau macam mana pulak bahagian kita...Alfatihah

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..