Bermulalah alkisah

Hye semua..
Korang buat ape tu? Mesti dalam mood raya lagikan?
Well raya kan sebulan..huhuhu

Aku tak rasa pon mood raya
Biase la dah dalam pantang..
Pergerakan terbatas
Jangan kata pergerakan, makan minum pon ade had..
Ehmm..ssh jugakkan?

Tapi orang dalam pantang mane nak gerak hyper macam aku sebelum bersalin dulu
Bentan kang tau la nasib ko! Huhuhu
Jahitan terbuka ke..tak ke ngeri nanti.

Tujuan asal buat entry ni nak cerita saat-saat aku menanti kelahiran cahaya mata
Alya Marissa..

Bermulanya disini..


Gambar terakhir sebelum bersalin..

Setelah letih berkayuh ke tempat kerja hari-hari + stress, akhirnya aku dapat juga cuti.
Aku start cuti 2 Aug. Jangkaan aku bersalin 6 Aug (private) or 8 Aug (klinik kesihatan).
Kalau ikotkan aku nak cuti biler betul-betul sakit.
Tapi memandangkan aku kerja jauh, baik la aku berehat awal.

6 Aug, aku masih tiada tanda-tanda untuk bersalin
8 Aug, masih sama..aku mula risau
Kawan yang lambat lagi due pon dah bersalin dulu
Aku apply cuti bermula 2 Aug – 10 Aug..
Next weeknya aku still taka de tanda-tanda..
Aku mohon lagi cuti seminggu..
Pertama kali dalam sejarah la aku cuti pnjang..huhuhu

Kata mama “anak kau sama macam kau lah ni, keluar lewat.”

Aku ade baca artikal yang mengatakan normal jika kita bersalin semasa usia kandungan 37 – 42 minggu.
Ada juga yang kata, kalau ada family kita (ibu) pernah melalui proses bersalin lewat, kemungkinan kita pon akan lewat juga..
Tapi ada juga yang kata, itu tak betul. Kalau lewat anak boleh mati.
Hidup mati di tangan tuhan..
Aku dah pening..sebab ni melibatkan nyawa.

Hanya Allah yang tau macam mana risaunya aku.
Orang lain tau marah je..

Aku di PAKSA cek up di HKL pada 17 Aug, masa tu 9 hari overdue.
Aku ingat cek aje tup tup aku kena tahan wad!
Memang nak sumpah seranah je..
Mula-mula sampai kena cek 2cm bukaan.
Sakitnya!

Mama call tanya macam mana.
Aku bagitau yang aku ade bukaan & kena tahan wad.
Memang aku kena marah la..

Mama cakap “mama dah kata jangan pergi! Ingat tak sakit ke kena cek setiap masa? Mama dulu lambat rilek je. Kau sihat je sampai sekarang..bla bla bla..”

Mana tah aku nak cari kekuatan masa ni. Aku dah rasa aku sorang-sorang je.
Yup aku memang bersama en suami. Tapi tah la..aku slalu rasa sensorang.

Nak tak nak aku dah kat HOSPITAL.
Doa aku tak putus-putus.
selagi boleh bangun solat..aku solat.
Aku tau mama bukan marah ape, mama risau & tak nak aku sakit.
Dalam hati aku..aku tekat! Demi anak aku..aku teruskan juga ape pon jadi..

Dalam masa yang same menyesal pon ade sebab serah diri.
Cian aku, cian baby sebab kena PAKSE!

Setiap kelahirankan dah ditetapkan tarikh kenapa mesti melanggar fitrah?

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..