Kesakitan melampau!

Hye semua..
Setelah sekian lama menyepi
kini bersambung kembali
Cerita “alkisah” ku bersambung lagi..

Aku menyerah diri hari Jumaat 17 Aug..
Bukaan 2 cm bukan bermakna aku akan beranak pada hari yang sama..
Selepas aku kena cek buat pertama kali kat tempat mula-mula nak daftar,
Aku kena cek lagi bila da masuk wad.
SAKIT!!!! Bukaan still 2 cm
Kali ni bukan cek aje tapi kena masuk ubat induce..
Memang tak rasa ape2
Aku masih boleh berjalan & sangat bosan

Setiap berapa jam aku tak tau la. Aku ashik kena cek je. Tapi bukaan sama.
Ya Allah sakitnya ashik kena cek!
Yang ni la yang mama tak mahu aku lalui.
Tiap kali cek mesti kuar darah + perit.

Kesian en suami , time melawat dia datang.
Time habis melawat kuar balik.
Lps tu datang balik.
Dah la puasa. Berbuka tah ape-ape je dia makan.
Bila bukan time melawat dia curi-curi masuk.
Bila kena halau..kuar..jap lagi datang lagi..
Sedih aku tengok.

Masa berbuka aku suruh dia balik.
ye memang dia balik, tapi dia datang balik & tido dalam kereta.
Sampai macam tu sekali dia risaukan aku.
*menangis..tengah menaip ni pon aku menangis ingat balik masa ni. 


Masa ni, air mata je peneman aku.
Menangis tengok en suami, menagis menahan sakit.

Start tengah malam aku dah mula sakit.
Sakit yang teramat. Aku tak taulah ini ke senggugut yang macam orang cakap-cakap tu.
Sepanjang aku datang haid, aku tak pernah kena senggugut so aku tak tau.
Sakit ni bukan sakit perut biase, berdenyut-denyut, memulas-mulas, tersentap2 nyawa kau!

Allahhuakbar! Itu je yang aku mampu.

En suami. Sekejap-sekejap je boleh teman aku.
Sebab ashik kena sound je dengan nurse & polis bantuan.
Menangis-nangis aku tiap kali en suami nak tinggalkan aku.

“kenapalah sayang kena balik? Ira perlukan sayang time ni..Ira betul-betul sakit” perlahan sangat suara aku masa ni sebab aku terlalu sakit & lemah.

Aku sempat dengar en suami cakap “sabar ye sayang..” dan berlalu keluar dari wad.

Semalaman aku sakit, setiap jam nurse datang cek tekanan darah aku & contraction baby. Tekanan darah aku makin tinggi & pergerakan jantung baby makin perlahan. Dalam sakit-sakit aku mulai risau, bukan pasal aku tapi pasal baby.

Ya Allah, selamatkan anak aku.

Aku menyesal sangat-sangat! Kenapa aku datang!!! Dalam sakit aku memberontak, dalam sakit aku menangis, menderita!

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..