Selamat Hari Raya..ek?

Hye semua..

Dah dua raya berlalu, tapi aku masih tak habis bercerita
Dah tahun baru dah pon!
Hehehehe~

Yok sambung..
Bangun pagi, muka selekeh..

Dalam hati “hari ni raya dah ker?” mamai..
“tak macam pon” ermm

Jap lagi makanan sampai..
Bermonolog lagi “Wah tercapai jugak hasrat aku nak makan nasi impit..bismillah..tak macam mama buat pon” hampa.. “makan je lah”

Belum habis makan dah kena panggil check*check lagi ergh!
Doctor “kita check dulu ye, kalau bukaan dah 3cm kita bawa awak turun”
Aku angguk je..lapo
Doctor “ok dah 3 cm boleh lah turun”
Aku lapo lagi ni, en.suami pon belum sampai..sedeyh
Nurse “awak habiskan makanan dulu nanti kite panggil”
Aku diam je & bergerak kearah katil..

Makan lambat2 hasrat hati nak tunggu en.suami tapi dah kena panggil.
Nasib boleh bawa h/phone
Pengalaman pertama kena tolak atas katil..
Tinggi juga katil yang tolak-tolak tu kan..
Bukan main laju lagi attn tu bawa aku..
Rasa macam da nak langgar pintu lif & dinding2 yang berdekatan.

Akhirnya sampai juga aku
Kecik je biliknya
Sejuk..
Kena check lagi dan 4cm
Sebab nak bagi bukaan cepat dorang pecahkan air ketuban

En suami call,
Perkara pertama aku cakap
“abang ckp dengan mama tak yah bawa makanan..ira dah turun nak bersalin”
Makanan juga aku fikir huhuhu

Bila tiub-tiub dah dipasang pada tangan aku
Doktor-doktor bagi penerangan pasal epidural













Nak tau ape sila click okes..
Puas la aku pusing2 pample yang dorang bagi untuk aku baca tapi aku still takot & tak berapa nak faham 1st time kot & aku tak tau ape2 pon pasal ni..
Aku tnya mama, dia cakap dia cucuk kt peha je..
Aku try tnya bidan yang jaga aku dalam wad tu if aku tak mau ade bius lain tak?
Dia cakap bius biasa cucuk kt peha.
Lagi 1 aku baca cucuk ni ATAS BELAKANG..seram je
Aku pon buat keputusan TAKNAK!

Masa aku cakap tak mau, boleh lak ade bidan tua ni nak marah2
Meroyan ape orang tua ni..
Dia ckp macam ni “ko ingat beranak ni tak sakit ker? Ko ingat anak ko boleh kuar macam tu je? Karang dah sakit ingt boleh cucuk time tu ker?”
Kecoh! Aku dengar je“suka ko la~”

Jap lagi tu dah bius en. Suami baru boleh masuk
Yang bidan tua tu boleh lak cakap lembut
“bini awak ni kite nak bagi epidural pon tak mau”
Erkkk

Ok aku dah start mengantuk tapi dalam masa yang sama pinggang sakit yang teramat berdenyut2.
Mula2 jarak jauh juga la sakitnya.. sempat aku tertido beberapa jam
makin lama makin sakit.
Aku cuba tido
Tapi bagai di sentap
Tido..sentap
Sampaikan makan pagi tadi kuar*masa ni dah dalam kul 12 lebih aku turun kul 9, bius kul 10
“habis la, ade lagi ke tenaga aku nanti untuk push?”

Tido balik tapi tak lama

Aku dah rasa macam ada benda nak kuar
Aku dah nak teran tapi bidan tu cakap juga teran sebab bukaan aku belum besar
Masa tu aku pandang en.suami aku nak cakap
“kalau ira tak de nanti camne?”
Tapi tak terkeluar sebab mengantuk yang teramat sangat

En suami sempat g solat zuhur
Di balik je aku dah nak meneran..

Aku tak tau macam mana nak cerita
Tapi seingat aku yang paling klakar bidan suruh push time tu aku nak tido
Ngahahahah ngantok laaa~

Aku tak ingat berapa kali
Yang aku tau aku sempat tengok jam mula2 sakit 10 minit 10 minit
Then 5 minit 5 minit
Seminit semint
Its TIME~
Aku rasa sangat pantas masa berlalu
Yang aku tau last aku push ade benda kuar & suara bayi
Terus en.suami cium
Aku still mengantuk
Bidan suruh selawat sebab nak potong tali pusat & angkat tanya anak ape
Memang tak la aku nak jawab
Sebab aku tak nampak
En suami cakap girl, baru aku sebut girl













Bidan tu terus letak baby atas dada dia cakap
“pujuk anak awak, dia takot tu”

Ye, dia dalam pelukanku bersamaku
Macam tak percaya..

1st time tengok bayi..
1st raya,
Semua 1st la bagi aku..

Allahuakhbar semua yang berlaku atas kuasaNYA



















*bidan tu nurse yang smbut baby aku pggil bidan huhuhu aku bersalin kat hospital tau jgn pk aku kat umah hahahahaha


Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..