Alya Marissa timeline (II)

Hye semua..

Alya Marissa bahagian II.. =P

Ade pembaca ke yang follow cerita aku? Kalau ade, cerLIKE kit kat last story ni..*aku pasan je kot..mane ade orang follow

Tak kisah la..

Tepat 2.01 petang, Alya Marissa selamat dilahirkan.

Masa nurse angkat tanya lelaki ke perempuan, aku dalam keadaan mengantuk & tak nampak. Maklumlah rabun. Incik suami yang cakap dulu, then aku ikot. Bahayakan aku ni. Kalau incik suami tak de macam mana?

1st time Alya baring atas dada sejurus tali pusat dia dipotong. Aku? Allahuakhbar. Tak tau nak cakap ape. Aku hanya diam & mampu peluk dia. Bila kena peluk automatic dia diam bagai baru dipujuk.

Bila selesai semua, sesi menjahit sudah, sesi pembersihan sudah. Alya tiba dalam bilik bersalin & nurse suruh bagi susu. Sangat kekok! Aku rasa sebelum ni aku pernah je pegang budak. Tapi kali ni sangat lain.

Macam aku cakap aku takot hospital. Tak mau g hospital. Cucuk,cucuk, jahit,jahit erk seram!  Tapi tengok, segala kekuatan Allah berikan kepada wanita untuk menjadi seorang ibu untuk melahirkan..*mama love you!

“Ayah..ni ALYA bukan ASRI tau..hehehe” sempat cakap kat incik suami. “Tak kisah sayang, janji sihat & selamat”..senyum

Alya menangis..sepanjang aku dok tak hospital. Mungkin sebab susu tak keluar, lapar, takot, sejuk macam-macam la. Gigih aku berjaga! Tak tau dari mana kekuatan tu.

Bila balik, menggagau cari baju. Kena kumbah tong baju. Hehehe.. semua pkai kat Alya BESO! Mana taknya ibu ayah dia balun beli baju beso. Dengan pantasnya ayah g cari baju untuk si anak. Now dah boleh beli skirt2.

Membahasakan diri IBU, benda yang macam aku tak percaya. “Ye ke?”

ALYA membesar depan mata. Dari tak tahu buat ape sampai sekarang dah masuk bawah meja. Dari baring sahaja sekarang dah berguling-guling. Dari hanya tahu menangis sampai dah boleh panggil.. “buu”.

Thanks ALLAH atas kurniaan mu ini.

Bila kita dah jadi ibu baru kita tahu macam mana ibu ayah kita.

Hari ini ALYA genap 7 bulan.

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..