Alya Marissa timeline

Hye semua..

Ashik cerita ibu je kan?

Now nak share pasal my gula-gula hati

Seronokkan dapat tengok anak membesar depan mata ^______^

Start Dec 2011 teruja aku dapat tau aku mengandung.. selepas setahun akhirnya aku berbadan 2. Bermula dari hari itu aku sangatlah berjaga-jaga dalam setiap langkah.



Sickness yang teruk buat aku rasa tak mampu. Tapi demi anak..gagah juga. Hospital yang paling aku gerun nak pergi, aku hadap juga. Masuk air, cucuk sana, cucuk sini..erk..buat tak nampak aje la.

Bila badan dah mula stabil, aku gagahkan diri kesana kemari. Mungkin sebab aku besar, maka orang boleh tak perasan yang aku dah mengandung =D. Naik motor g check up..naik motor g rumah mama. Gigih!

Menjangkau 4 bulan lebih aku dah dapat rasa pergerakannya. Masa tu macam vibrate. Nak nangis. tak sabar nak tunggu incik suami pulang nak suruh rasa perot. Tapi dia tak rasa pon vibrate tu..ishk! hahahaha

Bila kandungan dah mencapai 6 – 7 bulan, mula cari baju sikit – sikit. Mula-mula baju universal yang lelaki perempuan boleh pakai. Next barang-barang biase. Next.. terfikir-fikir lelaki ke perempuan. Hehehe..

Aku ade juga g check up konon nak tengok jantina. 2 kali g 2 kali menyorok. Di sebabkan aku tak de sebarang masalah, so aku tak de la g scan 3D,4D,5D hehehe..lagi pon mama n incik suami marah.

Ada sekali tu aku sakit bahagian bawah so doctor scan. Sempat tnya “lelaki ke perempuan?”. Doctor tu cakap lelaki. Ceh..aku start panggil ASRI.

Bila pergerakan penuh boleh dirasa, maka pengiraan pergerakan bayi bermula..*ape da ayat ni.
Kadang aku pggil, kadang incik suami panggil. seronoknya.. dia macam tau. Lagi-lagi kalau ayah dia tengah main game, dia kat dalam ligat! Kalau cakap nak keluar..wah..*perangai sape la ni..hahhaha

Ada masa yang macam dia mengeliat. Agak sakit time tu.

Konon dah tau jantina..dengan bahagianya beli baju biru..biru..& biru. Hahahahah ibu pon ade gile biru kit. Tapi masa beli baju. Macam tengok baju girl cantik je. Geram lak nak beli. Macam nak cakap je kat incik suami.. “boleh tak nak beli baju girl?” tapi tak terkeluar.

Orang cakap jangan beli baju newborn bnyk. Nanti tak muat. Baby cepat besar. Ok aku beli baju 3 bulan ke atas. Kebanyakkannya 6 bulan hehehhe. Ada 2,3 helai yang newborn. Ni namanya lurus bendul!

Pantang tengok baju, nak beli, nak beli, nak beli. Baju baby je.

Bila dah hujung-hujung aku makin banyak makan. Makin tak larat. Makin rasa pelik. Erm..ye ke lelaki? Last2 aku pggil BABY.

Bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..