32 minggu = 8 bulan

Hye semua..

Perjalanan blog aku terhenti semantara hehehe..
Dalam kepada hotak ni macam-macam nak taip sampai stuck*poyo!

Sedar tak sedar, kandungan aku dah mencapai usia 8 bulan..
Kalau Alya 8 bulan dah makan macam-macam kot weee~

Alhamdulillah sepanjang aku mengandung kali ni, HB aku belum pernah capai tahap LOW. Setiap pagi aku & Alya MESTI ambil Shake

"Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mencegah atau mengubat mana-mana penyakit"


Apa itu Shake?
Banyak sangat shake sekarangkan..hehehe
Shake atau nama sebenarnya Formula 1 merupakan MAKANAN bukan SUPLIMENT ye.
Juga merupakan makanan selular nutrisi, ringkas & seimbang. Satu hidangan hanya 90 - 290 kalori sahaja.Mengandungi 55 jenis nutrien & 18 Asid Amino, Fiber / Serat & herba terpilih. Turut mengandungi 7 warna buah & 7 warna sayur.  Zero Fat & kolestrol. Terdapat 5 perisa (Coklat, Capucino, Vanilla, Strawberry & Tropical Fruit).

Yummm yumm yummm.. simple macam ni punya shake pon ade orang tanya camno aku buat heheehe.. okes tu boleh sharing nanti ye..

Bercerita balik pasal aku dengan 8 bulan kandungan ni..
Masa baby 1st, seawal 6 bulan aku dah letak beg keperluan bersalin dalam kereta. Now, dah 8 bulan tak siap-siap lagi. Satu, aku rasa baby pon lambat keluar macam kakak dia hehehe masa Alya 42 minggu baru keluar. Satu lagi sebab aku pon lupa pasal beg ni =P*teruk betu perangai.

ni bukan beg aku okeyh
Sebenarnya aku pon dah lupa nak bawa ape.. so aku sempat la google..*google lagi
Macam-macam aku jumpa termasuklah ALMARI BABY.. mak ai! Ni mesti dia listkan keperluan baby dia. Padahal aku google "senarai keperluan ibu bersalin" .. hahaha memang patut pon.
sepatutnya "senarai barang keperluan ibu bersalin semasa di hospital" baru la keluarkan hehehe..

Aku dah siap copy & share kat sini.. mana tau ade yang lupa or esok-esok ade rezeki aku mengandung lagi. Tak de la mengelabahkan~

Senarai Barang keperluan Ibu & Bayi semasa di hospital
Bayi
* tuala mandi
* pampers
* 2 pasang baju
* 2 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* topi
* bedung
* tissue basah

 Ibu
* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* Pad
* t-shirt balik
* kain batik
* sweater
* tudung
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* Bra khas untuk menyusu
* Bra Pad
* Seluar dalam
* minyak angin (untuk yang nak bawa)
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* Yassin
* handphone & Charger

 Lain2
* tarmos
* cawan, sudu
* ikotlah mungkin makanan

 Document yang WAJIB ADE
* GL
* buku merah
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* kad nikah

yang aku senaraikan ni versi hospital kerajaan. Sebab dok hospital kerajaan sepanjang duduk hospital, pakai baju hospital je. So just sediakan baju balik je, atau pakai balik baju yang mula-mula datang. Bedung baby 1 je bawa sebab dok hospital pakai bedung hospital je =). kot ade tambahan boleh komen ye.. sharing2 kot aku terlupa.

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..