Bersalin secara pembedahan

Hye semua..

Alhamdulillah akhirnya tamat 44 hari aku.
Apa-apa pon aku masih kena berpantang makan benda-benda sejuk, tajam, masam sebab takut luka belum baik betul.
Maklumlah aku bersalin "potong"

Share sikit gambar cmne doktor bedah
Raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai tanya aku macam mana aku kena potong, sedangkan sebelum ni normal.

Ermmmmmm

Mengeluh jap..

Sebenarnya aku pon kalau boleh nak beranak normal macam mula-mula bersalin dulu.
TAPI apakan daya..
Macam juga mati, kita tak tahu macam mana bahagian kita nanti.

Ubat hanya usaha.. selebihnya Allah yang tentukan..kita takde hak.

Oklah tutup cerita..
Aku bersalin pada 38 minggu..
Khamis 17 April dalam pukul 1:30 petang aku dah start rasa sakit yang sangat menyentap tulang & pinggang.

"Ya Allah macam ni ke sakit bersalin?"

Sebelum ni aku memang tak rasa sakit nak bersalin.
Hari ni juga aku muntah-muntah & cirit-birit.. sumpah memang aku lembik betul tak de daya.

Call adik aku Syamin. Minta tolong dia bagi makan Alya & bawa Alya g rumah mama. Kesian anak aku tak terjaga.

Aku? Aku tak pe.. apa2 jadi aku dah get ready.

Alya ceria je sebab ade orang nak bawa dia jalan. Tapi mungkin dia tak tau dia akan berjauhan dari aku.

Tutup je pintu lepas cium Alya, dalam sakit-sakit aku menagis.
Aku tak pernah tinggalkan dia..
YUP tipulah kalau tak pernah..akukan kerja mestilah tinggal dia.

TAPI ni TINGGAL LAMA.. mungkin sehari, 2 hari, atau... *serabut sampai fikir bukan-bukan

Call incik suami bagitahu yang Syamin dah ambil Alya & bagitau aku dah sakit.. tak tahan.
Terus je dia balik..

Sebelum incik suami sampai aku lagi kali keberapa tah muntah & cibi..lemau sudah

Sampai aje rumah dia siap-siap terus gerak ke HKL.

rasa nak minta dukung je..sakit!!!

kalau la aku ni kecik comey mungkin la incik suami dukung..hahaha
ye ke? kalau kecik comey + isi perot yang dah 9 bulan.. larat ke nak dukung??




Sampai HKL macam biasalah kena daftar dulu kat unit P.A.C tau tak aku sakit aku betul-betul rasa nak baring je.. tapi masa ni lah nurse nak tanya macam-macam

Memang nak mengamuk di buatnya..

Tiba masa cek bukaan..2cm je?

Ok kena tahan.. so incik suami siap-siap ambil beg dalam kereta..

Sampai tingkat atas..nak daftar lagi..aduh.. katil tak de ker? Nak baring!! Sakit ni.. Memang aku tak tahan terus je aku tanya..

"kena daftar lagi ke? saya sakit sangat nak katil plz" akhirnya ade juga katil..tak yah nak tunggu-tunggu..

Baru je duduk ade doktor datang melawat..
Ikot rekod yang tercatat masa aku daftar kat bawah tadi, aku ade cibi & muntah-muntah..+ ade demam cikit. Terus doktor buat CTG. Incik suami sebelah doktor.

"kalau ikot bukaan 2,3 hari lagi bersalin ni.. tapi keadaan jantung baby lain macam ni. dengan ibu yang demam saya takot effect baby. Ni memang kena cesarean"

Dugaan apakah ini?
Doktor ni main-main ke ape?

Memang tak cover-cover dah aku terus menangis. Kalau boleh nak lari dah..tapi macam mimpi je ape yag jadi ni. Tahu-tahu aku dah kena transfer katil dan kena tukar baju bagai.

Macam orang tak betul dah.. seboleh-boleh aku kata ni mimpi, ni mimpi.. Ya Allah.. aku tak boleh terima. Mulut zikir tak henti.. Rasa aku berdepan dengan maut.

Aku sorang-sorang. Incik suami tak de. Ye aku sorang.
Aku dah nak sampai bilik tu.. Aku tak boleh patah balik..

Sayang..ira takut!
Sayang doa banyak-banyak.. tak de pape
Sayang kalau ira tak de jaga Alya tau

I miss her sooooo much!

menagis..sebak *tengah menaip pon aku menagis teringat peristiwa tu

Operation aku dalam keadaan sedar. Macam ni ke orang bersalin operate? Dalam otak aku cuma Alya je. Terbayang dia aku mesti menagis sampai tak kawal.

8:00 malam.. aku masuk bilik pembedahan, 8:20 malam aku dah dengar suara baby.
Macam biasa nurse akan tanya baby girl or boy
baby girl..
Ni kaki Ariana.. Masa dia baru lahir, kurus je..


Alya ibu rindu Alya..*sedih

Separuh badan aku macam orang lumpuh kesan dari dibius separuh badan.
Keluar bilik bedah baby dengan aku incik suami pon ikot aku sampai naik wad..
1st aku tengok baby, saling tak tumpah muka Alya macam masa dalam pantang. Aku ingat aku je perasan rupanya incik suami pon. Mungkin sebab aku rindu sangat dia dan aku pon selalu dengan dia.

Sampai katil, baby dorang pengang mungkin sebab aku tak boleh bergerak.
Esoknya baru aku dapat pengang baby.

Lepas operated berapa hari kena tahan ye? Nanti aku cerita lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..