Kena tahan wad juga

Hye semua..

Cerita aku bersambung lagi..
Masa tengah mengandung aku berangan-angan lepas bersalin petang boleh balik
Tapi memang berangan pon.. yelah masa anak 1st aku kena tahan wad.
Kali ni pon kena tahan..*mengeluh..tak baik!

Sebelum tu..
Aku bersalin Khamis 8:20 malam, 17 April..
1 hari sebelum besday mama
Lepas bersalin aku tak boleh nak tido..sakit tu tak.
Tapi teringat-ingat Alya.
Sempat tengok fb, sempat bagitau aku dah besalin kat wasap..*pelik hehehe
Sempat tanya nurse, berapa lama kena tahan kalau operate ni?

5 Hari katanya...tidak!!!!!!!

Tak macam bersalin normal, baby terus dekat aku. Tapi kali ni baby orang jaga.
Aku keluar bilik bedah dalam pukul 9. Masa tu dorang tolak aku naik atas dengan baby & ditemani incik suami. Lepas tu dorang pengang baby. Dalam pukul 5 pagi kot*aku pon tak tengok jam baru aku dapat baby.

Macam Alya, teror dah menyusu. Tapi aku pulak tak keluar susu masa tu
Kali ni, susu keluar tapi baby tak pandai lak menyusu.
Setiap anak tu lain-lain ye Aregya oi!

Esoknya incik suami datang, mama, abah & Syamin..
Alya?? budak tak boleh masuk.. rindunya kat dia*sebak lagi

Nama baby, semalam lepas bersalin aku dah fikir dah nak bubuh nama ape & Incik suami pun setuju.
Pagi, bila dapat baby, terus aku panggil.. "Asalamualaikum Ariana"
Walaupon dah jadi ibu buat kali kedua.. aku still kekok..*pelik-pelik je aku ni kan

Ariana tak banyak songeh..Alhamdulillah.
Bius aku berkurang dalam tengah hari macam tu.
Masa tu barulah aku boleh rasa kaki aku.
Baru nak start jalan.
Terbongkok-bongkok aku berjalan, menggigil-gigil masa berjalan.
Nafas rasa pendek je.
Tak boleh nak berdiri lama.

Malamnya pulak, 18 April aku kena tukar katil.
Dah la tinggi..kalau 5 hari aku kena tahan macam mana aku nak hadap?
*nangis lagi

Masa leka kemas-kemas Ariana..
Perasaan serabut tu hilang..
Bila Ariana dah tido..mulalah aku sedih & lemah.
Menagis teringat Alya..

Tengah sayu ni..adik aku si Linda banyak hantar gambar-gambar Alya
Lagilah rasa nak meraung..peluk Ariana kuat-kuat..

Jap tu Syamin call..

Aku mengandung katanya!!!

hahahaha..
Camne ni? kata nak jadi bibik aku?
Dah pregnant lak dia..

Suka-suka, tak sedar bila masa aku tertido..

Comments

Popular posts from this blog

Aku di 2016 - Mengandung no 3

Sehari sebelum..adalah..

Hello January babies..