Posts

Aregya tak balik rumah!

Hye semua.. Aku baru sampai umh kul 12 tgh malam tadi.. Hehehehe cian umh aku baru jumpa tuan dia hahahahah Ceritanya bermula.. Pada hari selasa *16 Aug baru2 ni, Aku & budak2 ofc berbuka sesame. Aku da puas pujuk Popopoi ikot. Tapi dia tak mau, Sebabnya dia tak mau aku berulang alik dari Shah Alam ke Cheras Katanya.. “sayang buat ape nak ulang alik? Kat situ je da habis berapa..tol lagi, minyak lagi. Lagi pon jem la sayang” Ehmm.. so aku g sorang2. Huk huk huk sedeh. Slalu berkepit macam org bercouple x ingt dunia. Tapi hari ni aku tinggalkan dia. Sorang berbuka kat Shah Alam, Sorang kat Sg.besi *umh mama . Aku dari pg nak g keja tu aku da bawa baju & ape2 yang patut.. *da macam nak lari umh Lps habis kerja, aku stay umh member ofc aku yang dok kat shah alam ni Time berbuka kami makan steamboat.. *pic nnt aku upload huhuhu Siap2 makan, bergambar kul 9 lbh baru aku OTW balik.. *kena marah gak dgn Popopoi sbb lmbt huhuh Amek Popopoi kt umh mama, ajak

Aku selalu kata..

Image
hye semua.. ni semua sebagai renungan ye. tak de kaitan dengan sesiapa melainkan ianya hanya cerita aku. Aku selalu kata.. dulu.. Kenapa aku susah nak masuk asrama? Aku teringin sangat. Nape Mama Abah tak bagi?! Malangnya..orang lain senang je. Tapi aku tak tau Mama Abah perlukan aku. Bila aku dok asrama aku ashik nak balik je. Bila aku dok asrama aku demam siapa yang aku cari? Mama jugak Aku selalu kata.. Kenapa tak de orang minat aku? Hodoh sangat ke aku? Bodoh sangat ke? Gemok sangat ke? Tapi aku tak sedar, kalau tak de orang minat, aku tak terdedah dengan maksiat. Tak de sape nak pengang selain suami aku kan? Tak bangga ke aku bila aku tak ramai orang minat last aku kawen dalam keadaan yang tiada sesiapa yang penah memiliki aku? Tapi aku da pernah couple..rugi! Aku selalu kata.. Kenapa abah slalu soh along buat tu ni sendiri? Adik2 tak macam tu. Tapi aku tak tau yang aku sulong. Abah nak aku berdikari & kuat. Dalam Masa yang sama abah susah nak lepaskan aku buat semua benda

Motivasi Diri

Image
Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita sama2 mempraktikkan untuk motivasi diri.. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti..jangan tidor berlebihan. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri..kecuali dah lama hidup ..ok Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi..kerja satu team.. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya. Kawal ber

Hai Kaum Hawa

Hawa.. Andai engkau masih remaja, Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu Andai engkau sudah bersuami, Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu Andai engkau masih ibu, Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah Hawa.. Andai engkau belum berkahwin, Jangan kau risau jodohmu, Ingatlah Hawa janji tuhan kita, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim, Kerana aku khuatir, Dari mata jatuh kehati, Maka lahirnya senyuman, Maka tercetusnya salam, Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan, Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa.. Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodan

Ditimpa 4 Kecelakaan

Hye semua.. Baca ni..kita buat renungan ye di bulan yang baik ni DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina. Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan. Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar. Allah memberi amaran, bah

Deco2..BeRtUkAr! (2)

Image
Hye semua.. dari entry ni aku de cakap cmni "kalau ade rezeki lebih b4 raya bli kerusi kayu / sofa lak.. korang rasa cmner?" Last aku amek ni.. LivingRoom COMPLETED! yey

Aktiviti sebelum puase | PhoTo GeDiX

Image
Hye Semua.. hari ni aku sambung lagi cerita sebelum puase.. Aku terlupa lak yang sebelum mendeko2 tu aku & kawan2 pergi photoGedix kat taman.. hehehe buat kerja terkejar2 maklum r huhuhu so layan... testing testing beratur ye anak2 ahahahahaha amek..da siap posing da..well kami ni x blh pndg camera klu pndg jd mcm ni r..ngeeee macam padat je ruang huhuhuhu tadi naik skrg beratur turun lak hensemnya..pakwe sape ni?? hep2 suami aku ok! Ni adik bongsu ak merangkap jurugambar kami huhuhu best bro! ske kemain lebaw walaupon ditgh pns walapon payung tu kucik still nk berteduh sme..ishk3 pelik 1st time tgk payung polka dot..blh lak mcm tu kan Amboi Cik Sue! Askem!! aduh meruntun jiwa yg berpuase ni..hahahahah Orang lain rebut Lollypop, aku syok sendiri dengan payung huhuhuhu Jangan jealous..ni aku punya..hahahaha Terbaik! Payung Terbang!!! sebelum balik.. Makan time