Wednesday, July 1, 2015

Eh dah 1 Julai?

Nak konsistan setiap bulan, memang tak lah kan.
Asal aku mula je menulis blog, dah masuk bulan baru.
Hurm biasalah dah mak-mak.

kihkihkihkih

Tulis blog guna handphone.. aduh! Macam tak best je. Nak laptop juga baru feel.
tu pon cerita aku tah pape lah.

sendiri buat, sendiri baca =)

Today dah 1 Julai bersamaan 14 Ramadhan. Masa sangat pantas. Tahu2 lepas ni aku menaip baik, dah tahun 2016 hahahaha.

Ok2 just intro. Nanti aku sambung lagi.. hope dalam masa terdekatlah winkwinkwink

Tuesday, May 5, 2015

Hello My ex-Boy Friend

hye awak..
genap 10 tahun dah hari ni
awak ingat lagi tak?
masa tu kita baru 19 tahun
gatai betul!
hahaha

kite tak suka pon awak
sombong!
tapi kita tak tahu lah macam manalah awak boleh tersuka
budak yang ganeh yang suka penampo
suka cakap kuat-kuat
suka jalan macam jantan ni kan
cinta itu buta
nak buat camno

orang lain, lain ceritanya
ade pasang surut
kita?
sempat clash.. "sempat" ek?

jodoh tak kemana, jumpa juga akhirnya

saya last jadi girlfriend awak 5thn lepas
nak buat macam manakan sebab lepas tu saya jadi tunang awak
lepas 5 bulan saya jadi Isteri awak pulak..

hye no5.. bermakna dalam diary kite.



*entry gedik mak budak hahahaha

Friday, March 20, 2015

tik tok tik tok

lama dah tak menaip..
last menaip masa besday.
lepas tu diam.

ni baru datang mood

sekejap je masa berlalu.. tau2 dah bulan 3
baru je menaip story tahun baru, tup-tup dah suku tahun dah.
walaupon aku ni tak de la banyak cerita g event la, jalan-jalan la tapi
sepanjang 24 jam, macam-macam boleh berlakukan. huhuhu..

aku pon baru sedar this week cuti sekolah.. patutlah banyak kenduri..


penuh le mall lepas ni hehehe nak p mana-mana pon sesak sikit le kan kan kan..

incik bos pon sekolah juga. so dia pon join cuti..yeppyyyyyyy!! boleh suruh dia buat koje rumah lak aku nak goyang kaki. hahahaa bapak kejam bini ni.

incik bos sekolah? yep! dengan penuh tekad & semangatnya incik bos tahun lepas, nak sambung belajo nak sambung belajo katenya. Alhamdulillah, doanya termakbul. Januari lepas, dengan ini di istiharkan incik bos menjadi budak sekolah huhuhu..

Perangkut anak-anak yang belum mandi..opss hahaha
sejak hari itu bermulalah kehidupan aku sebagai ibu yang tegar hahaha sangatlah. melalak jugak walaupon dekat. Biaselah tu perubahan hormon miahahahaa..

balik dari hantar incik bos, mengamuk aku bawa kereta dengan Ariana yang tak reti dok diam! huh! bukan senang nak hidup *sengal dak Aregya. Alhamdulillah selamat jugak sampai rumah. Balik rumah Alya pulak ketuk pintu "Akum ayah, ayah.." masuk dalam rumah, cari ayah sampai ke jamban..alahai anak bertabahlah ye. Bukan anak je, ibu pon kena bertabah. huuu~


last 25 Feb yang lalu, genaplah 2 bulan umur anak ketiga aku ni, Amni..

Morning deybok!!!
sebenarnya, Amni anak adik aku yang baru nikah 2 tahun lepas. Kira anak aku juga sebab aku ade menyusukan dia =) Dalam family pon, adik-adik aku bahasakan diri, mummy, umi, mama dan aku ibu. So nanti dah ade anak masing-masing anak dorang pon akan panggil aku ibu heeeee~

oklah.. nanti cerita lagi.. bububye
hope boleh jadi blogger balik lepas ni hahahaha