Posts

Mula gelabah…

Image
Layan picture ye kawan2.. this pic by hana .. akulah puteri katak hahahahahahaha Tak boleh letak banyak..tak pakai tudung segan… Masa aku tengah make up..orang ni call orang tu call Haaa siap aku da tak tentu arah.. Orang len pun tgh siap Aduh!! Maaf kalau de yang terkena percikan api kemarahan aku.. Memang tak cukup kaki tangan.. Family tak beso macam ni la.. Falah terpaksa kuar g jalan beso sebab de yang tak tau jalan.. Pihak lelaki sampai awal.. Argh!!! Tidak!!!! Tak siap lagi.. Hana tenangkan aku.. Kawan-kawan siap tolong aku bawa turun hantaran ke bawah. Tangan aku da mula sejuk.. Mula2 pkai crown..last2 aku mintak Hana cabut.. Bulu mata palsu pun cabut sebab aku da tak nampak jalan.. *siyes aku ni macam kartun tak macam perempuan betul.. *sowi Hana.. *sowi kawan-kawan dayang2 Sempat aku bergambar dengan adik2 dalam bilik.. Tiba masa untuk turun.. this pic by caer..pengiring tu cumel lorh Adik2 iring aku.. Erkk takot je aku tergolek

Esoknya..

Image
“Along..bangun subuh” suara mama.. Aku pon bangun..rasa macam da raya lak *dang! Sengal! hahahahaha Da solat aku kejut Jannah lak.. Than tolong mama wat breakfast kit.. Than aku n Jannah hampar carpet, letak kerusi dan bunga untuk pelamin mini aku.. Sume sendiri kecuali bunga saje sewa..so sweet.. Memang aku nak wat simple tapi sweet Tunang je baru.. Done… Next.. “Falah!!! Bangun..” huhuhhuhu xde r aku kejut macam tu Mau dia hangin 1 badan dengan aku.. Bangun2 je Falah kena gosok kain alas dulang aku. Jannah siap kan potpori.. Aku? Mengarah je r..hahahahhahahaha lalalalala rajinnya...ni r budak comel tu..ade ke patut mama puji dia depan2! Jannah susun daun kering..ngeeee Setel breakfast.. G tesco mayau2..huhuhu cr buah wat hantaran.. Maklum r umah baru ni tak de peti..so kena r bli hari nak majlis.. We Sampai2 umah Hana a.k.a mak andam eh muda lagi..kak andam..ngeh3 da sampai umah..bagus r dia ikut je direction yang aku bagi..cukup senang dia sampa

Sebelum Detik Itu Bermula..

Image
Salam Sume..huhuhuuu baiknya.. Aku sebenarnya bakal demam.. Aduh Sangat letih badan ni.. Aku Try sambung cerita aku slow2.. 1stly aku nak wish kat Zetty .. 2 hari sebelum Majlis, dia send aku something.. Katanya sebab dia tak datang so dia nak aku wat benda ni sebagai give pada tetamu aku nanti.. Kalau ikotkan memang aku xde give pon.. TQ ye Zetty …muah3..hahhahahaah.. SAPE YANG DATANG JE DAPAT HUHUHU Ade sape2 nak tempah..sila ke sini.. Tolong industry kecik ini..tak salah pon =) Lepas aku da g mesin otak kat saloon..huhuhuhu Malamnya bermula la gerak langkah ku..ewah.. Mula2 aku g amek Miss Jannah aka mama vogue *nama dr aku Than, aku gerak ke umah kak ana tuk amek bunga..ashik gelak je msa ni.. Lastly amek Falah dan dulang.. Belum berakhir lagi.. Aku g balai pudu nak amek sirih junjung pulak. Kemudian balik umah nak amek barang.. Pukul 1pg ++ macam tu r aku, Falah, Jannah & barang2 sampai kat Semenyih.. Dalam perjalanan, air yang de dalam takung sirih

Aku Hanya BekaS Kekasih

Image
huk huk huk huk aku kini hanya bekas kekasihnya kerana aku sudah menjadi tunangannya =P seram je..huhuhuhuuhu

Persiapan Terakhir

Image
Sabtu lepas aku & family da kemas umah.. huh penat juga kemas umah beso ni.. sakit pinggang atoi. Hantaran da siap sume. Ouh de sikit lagi nak tampal butterfly huhuhuhu..Beli pewangi dan tambah potpori.. Bangga betul hantaran buat sendiri..yeyh xde r terok mana pon. TQ tu my dayang2 *adik2 Hasilnya..nnt time tunang aku snap. Sekarang? Alah x gempak r. Isnin Malam aku & bakal tuning akan jumpe Jurufoto kami..Caer. Kawan aku juga tu. Same kolej..pilih member lagi senangkan. HanaFarhana as jurusolek sudah aku deal semalam. Ingat nak try make up tapi tak sempat lorh. Tak pe la I trust her.. =). Act aku tak kenal tapi zetty yang rekomen ngeee tq zetty aka cik gaban. This week nnt baru jumpa. Aku da gulap lorh. Sebab turun site r katakan. Muka pon jerawat. Erk..mentel tul. Tapi yang aku seronok berat da kurang cikit r..Bagus seh. Hope Muat r cincin aku nanti *gelak guling2 Invitation pon da wat. Senarai tuk beli or ambil barang2 dan ape yang patut bawa. WAJIB! Sang

Wudhu' zahir dan batin?"

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila mas uk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat * Menyesali dosa yang telah dilakukan * Tidak tergila-gilakan dunia * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') * Tinggalkan sifat berbangga * Tinggalkan sifat khianat dan menipu * Meninggalkan si

Kupu- kupu

Image
Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan. Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan