Bersalin secara pembedahan
Hye semua.. Alhamdulillah akhirnya tamat 44 hari aku. Apa-apa pon aku masih kena berpantang makan benda-benda sejuk, tajam, masam sebab takut luka belum baik betul. Maklumlah aku bersalin "potong" Share sikit gambar cmne doktor bedah Raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai tanya aku macam mana aku kena potong, sedangkan sebelum ni normal. Ermmmmmm Mengeluh jap.. Sebenarnya aku pon kalau boleh nak beranak normal macam mula-mula bersalin dulu. TAPI apakan daya.. Macam juga mati, kita tak tahu macam mana bahagian kita nanti. Ubat hanya usaha.. selebihnya Allah yang tentukan..kita takde hak. Oklah tutup cerita.. Aku bersalin pada 38 minggu.. Khamis 17 April dalam pukul 1:30 petang aku dah start rasa sakit yang sangat menyentap tulang & pinggang. "Ya Allah macam ni ke sakit bersalin?" Sebelum ni aku memang tak rasa sakit nak bersalin. Hari ni juga aku muntah-muntah & cirit-birit.. sumpah memang aku lembik betul tak de daya.