Posts

Showing posts with the label pregnancy

Aku di Bulan Mei

Image
Hye semua.. Cerita Mei? Sekarang dah masuk pertengahan June sudah hahahaha.. Tak kisah le..aku ni pon bukan penulis blog yang tegar Owait..after aku dating2 dengan baby yang dalam perot & My Ex-boyfriend hari tu Aku telah meneruskan langkah untuk membeli belah.. Weeeeeeeee seronok.. Asalnya nak baiki PC yang rosak..tapi terminat pulak nak masuk Parkson, yang pada masa tu memang telah SALE! *perempuan, biase le pantang dengan SALE huhuhu.. Aku sorang? Silap beso le..Aku mesti le kuar dengan incik Suami.. bosan sih jalan sorang.. Aku ingat, aku sorang je excited nak beli baju baby, rupanya incik Suami pon same.. Ishk comeynyaaaaa.. 1st time beli ni.. slalu belikan orang, kali ni untuk ANAK SENDIR I .. Eh ye ke ni? Mimpi..mimpi.. Bulan lepas ni je yang kami ade.. Tapi kali ni kuar, tak sangka lak bawa balik banyak ni.. Glup! Ni semua hasil 2 hari suntuk berjalan..atoi laaaaa..penat dak ibu Sampai terduduk di kerusi urut REST N GO kat shopping tu..yang sehengget tu..huhuhu

Link untuk MomMy 2b

Hye semua.. Kali ni aku kembali lagi, lagi & lagi.. hehehehe Sejak2 dah nak dekat due ni..makin risau lak ai.. Bukan ape, takut barang tak cukup Mau kabut.. Dah alang-alang aku mencari, tak salah rasanya aku berkongsi dengan mummy2 *ops becoming mummy di luar sanakan =) Kat sini korang cek barang2 yang patut di bawa time nak g hospital nanti Blog Ibu Hamil Sini pon same.. siap ada doa Dr Nur Izah’s Weblog Yang ni pulak link untuk korang cek barang2 keperluan untuk baby & ibu secara keseluruhan keseluruhan De Iza's House Cerita dalam pantang =) di RatuHati Link ni pulak untuk mereka yang nak tau pasal set bersalin salindah.. 1) Salindah.Com 2) Ekin Wellness this mommy sharing about kehamilannya & time pantangnya dgn herbalife Amalina Peter & Abqari Hamid korang nak tau pasal NR? Ha jom click sini NonaKu macam2 panduan dalam Bidan Bersalin ni..sila la melawat Cerita kak ice terbaik! Mommy fofular =D kongsi pengalaman dia with 1st baby

Link membeli belah secara online untuk mom to be..

Image
Hye2 semua.. Hari ni aku nak kongsi link-link yang telah aku jelajah untuk persiapan menyambut ‘orang baru’ huhuhu Jom tengok FabulousMom Kat sini aku survey2 je. Agak murah..ni memang betul2 kedai. Tapi aku belum g lagi..syok tengok. Macam2 boleh cari. Ade yang nak cari carseat? Stroller? Playpen murah? Ha sini la tempatnya.. NorrisCollections Siyes sangat murah..boleh pos atau kakak ni hantar.. Aku de beli carseat kat sini =) Boleh juga tengok kat facebook Selain tu, korang boleh jelajah sini One Baby World Ni pon kedai.. So macam2 ada.. Lagi link yang pernah aku jelajah LittleWhiz.com ni lah tempat mula2 aku servey breast pump..tapi bukan aku yang cari, en ayah a.k.a suami ku..huhuhu rajin betul dia.. Tempat2 lain yang murah untuk korang survey breastpump - Fahreem Wardrobe (untuk breastpump avent & medela harmoni manual only) - Periwinkle (kat sini ada breastpump avent & medela harmoni manual, pakej collerbag with bottle n icepack, ti

April, Mei.. Anniversary with ex-Boyfriend

Image
Hye semua… Kembali lagi aku ke udara.. *sangat la~ Lama juga tak tulis cerita aku. Ada hanya auto update yang aku dah siap2 kan dari bulan lepas.. *huhuhuhu baguskan.. Maklum la aku ni malas + banyak koje..huhuhuhu.. Aku bukannya makhluk yang banyak sangat aktiviti..tapi letih gak la jadi aku lagi2 sejak berdua ni..hehehe.. bulan lepas *April , aku sempat la menyambut besday mama & menyambut *menyambut ker? Kelahiran 2 orang baru kepada 2 orang kawan aku.. *macam pelik je ayat aku ni.. Besh betul.. Kek mama..sempat snap ni je..hahahahah Selamat mendarat tengok Baby Zafran..comeykan.. Muka bahagia dukung baby..=D Next weeknya melawat Mummy Niza & Baby Ifra.. puas kejut dia wat tak tau je..hahaha Uncle dukung rilek je dia.. Perhatikan betul2..adakah saya buncit? Makan time..terlebih rajin macam ni la..hahahaha Kini Mei sudah..=D! Aktiviti aku dengan encik suami adalah dating le~ aku pon baru gaji Kebetulan, esoknya Anniversary with e

Berbicara sendiri

Image
Selamat pagi =) Hanya sekadar bicara dari hati Seandainya kita berfikir jika kita membantu, kita akan dibantu, walaupun bukan daripada orang yang sama namun akan ada yang akan membantu. Tapi sebenarnya kita silap! Dan kita silap juga kalau kita kata “ehmm beria aku tolong orang dulu, tapi tak ade siapa pon nak tolong aku sekarang” Seandainya kita membantu, bantulah dengan ikhlas, redha dengan apa yang kita lakukan. Insyaallah sesusah manapun kita ALLAH akan membantu. Mungkin kita minta sekarang takkan terus menerus jadi, mungkin takkan jadi, kerana DIA maha mengetahui segalanya. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita. *Agak malu aku minta pertolongan dari orang yang sama jika pada pertolongan pertama dia berkata TIDAK & yang seterusnya juga TIDAK =) Bila aku berstatus isteri, jangan harapkan layan aku seperti dulu. Namun, aku masih orang yang sama. Tidak berubah sama sekali. Cuma mungkin kerana status, tanggungjawab aku mungkin berubah posisi. Jangan kerana ini, aku

Monday Morning

Image
Selamat pagi, padahal dah tengah hari.. Baru nak bercerita. Macam biasa hari ni bangun pagi. 1st day bekerja kan. Aku tak kerja hari ni. Kerja ke tak kerja time hari kerja kena bangun siapkan breakfast en.suami =) Kenapa aku tak kerja? Sebab aku nak pergi check up hari ni. Alhamdulillah, dah 6 bulan rupanya. Ok sambung duty tadi. Lepas salam & hantar en.suami kerja *depan pintu je hantarnya Guling-guling jap smbil ingat peritiwa semalam peristiwa kedua terbesar selepas yang pertama *Yes! I like Tak boleh guling lama-lama, nanti tidur lak. Bangun solat, then baru mandi. Setel breakfast *MILO aja dong +Vitamin Fikir jap.. “kereta, motor.. kereta, motor.. kereta, motor..?” “motor la” Wah! Setelah 6 bulan aku merempit balik *sangat la (-__________-) Turun tangga dengan tenang.. “ kerja ker?” ade orang tegur.. “ taklah, nak gi klinik jap” senyum.. “ nape? Demam ker?” “ check perot” “ mengandung ker?” Lagi soalan ni.. “a’ha” “ berapa bulan?” “ 6 dah k

Barang-barang baby..

Image
Jumpa juga yang simple.. pernah cari dulu..macam banyak sangat2. ni aku copy paste dari nonaku Pakaian baju lengan pendek/panjang (4 ke 5 helai, saiz biasanya 12 untuk newborn atau 14 untuk bayi yang agak besar) seluar pendek/panjang (4 ke 5 helai) sarung tangan & kaki topi (bergantung pada keperluan) lampin kain/lampin pakai buang selimut (Sama ada dengan tutup kepala atau tidak, boleh digunakan untuk membedung bayi ketika membawa ia keluar.) barut bayi (bergantung pada keperluan/budaya untuk elak kembung perut) tuala mandi bayi almari/bakul pakaian sapu tangan/tisu tikar getah bayi (dapat elak tilam basah/kotor jika tiba-tiba bayi kencing/berak ketika menukar lampin.) beg bayi kain bedung (gunakannya semasa tidurkan bayi, bayi tidur lena tidak terkejut-terkejut. Biasanya guna sehingga sebulan sahaja, bila bayi mula rimas saya tidak gunakan lagi) Mandian sabun bayi bedak bayi (jika perlu cari jenis bukan talkum.) losyen bayi syampu bayi besen mandi bay

Bila aku mula ‘bangun’..

Image
Hye semua.. Aku kembali menaip lagi.. weeeeee..I feel FREEE HAPPYYYYY ahak! Setelah sekian lama Aku duduk rumah je akhirnya aku pakse diri untuk berjalan Beratnya hati nak tinggalkan tilam.. TAK BOLEH! Aku kena keluar juga! Maka aku memulakan langkah pertama 1st dating .. adalah bukti aku kuar berjalan Cian kat incik suami dah lama katanya tak tengok wayang.. 1st day Ghost Rider II keluar, dia terus g beli tiket.. Selalu kite orang tengok wayang kat TGV, tapi kali ni tukar g MBO kat VIVA HOME Baru je keluar, dah nak cari toilet..nasib cerita belum mula.. Habis cerita pon cari toilet lagi..ngeee =D Tapi tak kisah asal aku keluar & incik suami pon happy. Cerita besh juga la..gelak je. Suasana wayang lapang. Nak dapat tiket pon senang maklum la baru lagi tempat ni..so tak la crowded. Keluar wayang, g Downtown pulak..merayau2 cari beg incik suami.. Kebas gak la kaki..tapi slow2 le jalan.. kite pon beli huhuuhu Sebelum balik rumah, singgah rumah mama

AKU BUKAN AKU LAGI..

Image
Hye semua.. Hello March..hehehe sekejap je dah bulan 3 kan..=) kali ni aku buat sambungan untuk cerita yang ni pulak layan je la ye =p Tak makan nasi, Tak suka bergambar, Tak suka main laptop macam dulu, Keluar pon tak mau.. Pernah incik suami balik kampong sorang..waaaaaaaa nagis!! Pengalaman besh! Masuk air..argh!! aku memang tak suka.. salah cucuk..haaa kan dah lebam Ni semua gara-gara aku kena serangan gestrik & tekanan darah aku rendah .. Bila aku dah tak larat, tak makan aku tak risaukan aku..aku risaukan kandungan Sebab dia baru nak membesar, perlukan zat semua.. “Cian anak ibu..” tu yang aku slalu cakap.. Diam tak diam baby aku dah 4 bulan ++. Perot belum naik, tapi pinggang dah besar, Seluar pon dah bertukar. Tak macam dulu sbb tak muat dah hahahahaha Aku dah pakai baju ibu2 Mama gelak je kat aku “tu lah dulu mama kata bli baju besar2 sekarangkan semua da tak muat” Muncung je aku..hahahaha Mula-mula badan aku mengembang, Tensi ooo S

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

Image
copy from here 1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam. 3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat

Mummy to be

Image
Hye semua.. Lambat betul aku nak buat sambungan cerita ni hehehe bz kit + kurang kesihatan lagi.. ape2 pon jom layan..=) ABANG!!!! Betul ke ni?? Nangis..suka..tah da bercampur..hehehe YA ALLAH.. Incik suami muka nak cover..ahahaha Ape lagi malam-malam ni call adik2 mama, abah, mak, abah Esoknya g klinik untuk mendapatkan kepastian. Alhamdulillah..betullah..ni bukan cobaan dah 5 minggu. Start dari hari tu aku dah tak boleh nak huru hara lagi.. Lompat sana sini hahahaha Rasa pelik pulak.. Selang beberapa minggu, Aku dah mula mual, Makan dah kurang, Jangan kata makan, bau makanan pon dah tak mampu.. Semakin lama makin teruk.. Mual muntah pening campur semua. Kepala ni memang tak boleh nak angkat..ashik tdo je.. Kerja? Jangan cakap r.. kejap on kejap off.. Nasiblah bos tak kisah..kalau tempat lain dah kena buang kerja kot. Rezeki anak.. Semua jemputan bulan ni aku abaikan.. *maaf ye aku betul2 tak larat Kesihatan aku makin menurun.. sebulan lebih a

Mana pegi ha??!

Image
Hye..hye..hye.. Wujud lagi aku hahahaha.. Alhamdulillah..aku ade lagi. Cuma kurang sihat. Maklumlah hormon belum baik..kui3 Mana aku menghilangkan ek? Aku tak hilang pon ade je. Selalu memerhati blog ni & kawan2 lain Ok begini.. tak silap aku awal Dec aku bebel-bebel kenapa lewat sangat datang bulan ni. Sebab aku memang bermasalah sejak 2010. So bila dah kawen ni, risau la Nak-nak pulak de sorang makhluk kat tempat kerja aku selalu mempertikaikan aku. Katanya “Dah lame kawen pon tak de anak” .. *lame sangat ker? Ye memang tak di nafikan dia kawen selang sebulan dua BINI da melekat. Erk..lelaki tapi mulut..mengalahkan JOYAH bisanya.. Nak buat tak tau..tapi hati aku ni kecik.. Balik umah nangis-nangis kat incik suami. Tak tahan dengan tu ada gak aku ngadu dengan seseorang yang bergelar SAHABAT . Incik suami dengar je r..sambil pujuk-pujuk. Kata incik suami.. “kita enjoy..” hehehee..cyg ucuk iya ni..weeeee Buktinya aku & incik suami mayau je tahun lepas h